BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 200 Sertai Program Toleransi Sifar Keganasan Di Semporna

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Lebih 200 Sertai Program Toleransi Sifar Keganasan Di Semporna​

d8bdb9b2beb167f290add9cb0fc60e126aa370c3bdbcc

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bergambar bersama peserta selepas merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan: AAGS & EVAW.

Lebih 200 peserta menyertai Program Toleransi Sifar Keganasan Semporna: Advokasi Anti Gangguan Seksual (AAGS) dan Hentikan Keganasan Terhadap Wanita (EVAW), anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di sini hari ini.

Dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, program itu memainkan peranan dalam usaha kerajaan menyebarluaskan advokasi kesedaran untuk menangani gangguan seksual dan keganasan agar sampai kepada setiap lapisan masyarakat.

Nancy berkata kerajaan tidak mahu masyarakat sekadar mengetahui bahawa gangguan seksual atau keganasan itu satu perbuatan yang salah, tetapi setiap orang perlu tahu apa yang perlu dilakukan dengan segera apabila situasi tersebut berlaku.

"Semporna mempunyai komuniti yang pelbagai, termasuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pulau, program ini membuktikan komitmen kerajaan bahawa tiada yang tercicir daripada memperoleh pengetahuan, menerima perlindungan dan mendapat akses kepada saluran bantuan.

"Di mana mereka boleh mendapatkan bantuan dan bagaimana kita sebagai sebuah komuniti boleh bersama-sama mencegahnya daripada terus berlaku," katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pemimpin komuniti seperti ketua kampung mempunyai peranan kritikal sebagai mata dan telinga kerajaan dalam membantu menangani isu keganasan domestik di peringkat akar umbi.

Beliau berkata ketua kampung merupakan individu yang lebih dekat dengan masyarakat dan perlu proaktif bagi melindungi keselamatan anak buah di bawah mereka.

"Mereka lebih mengetahui perkara yang berlaku di dalam kampung, jadi saya berharap ketua kampung  turut dapat bersama dalam program advokasi berkaitan gangguan seksual dan keganasan rumah tangga.

"Keselamatan dan maruah wanita bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata, ia memerlukan komitmen bersama keluarga, komuniti, institusi pendidikan, tempat kerja, agensi kerajaan dan masyarakat sivil untuk membina persekitaran yang selamat," katanya.

 
Back
Top
Log in Register