combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Lebih 1,300 Tapak Sulaiman Mahkota Berduri Dihapuskan Di Semporna
Gambar hiasan
Pasukan tindak balas pemuliharaan marin yang diterajui komuniti berjaya menghapuskan lebih 1,300 tapak sulaiman mahkota berduri (COTs) daripada terumbu karang di sekitar Pulau Tabawan dan Pulau Adal di sini pada 1 dan 2 Jun, susulan laporan mengenai penularan spesies pemangsa itu.
Reef Check Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyelam dari Pulau Selakan, Pulau Larapan, Pulau Mabul dan Kunak digerakkan bagi menghapuskan 742 tapak sulaiman mahkota berduri di Tabawan dan 576 di Adal.
“Pemerhatian sepanjang operasi itu mendapati kebanyakan tapak sulaiman mahkota berduri di Tabawan tertumpu pada kedalaman antara 18 hingga 20 meter, berkemungkinan kerana banyak kawasan terumbu di kawasan cetek terjejas teruk akibat penularan terdahulu.
“Sebaliknya, majoriti COTs yang direkodkan di sekitar Pulau Adal ditemui di perairan cetek pada kedalaman antara satu hingga 10 meter, iaitu habitat karang yang masih sihat tetapi terdedah kepada ancaman pemangsaan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan tahap pemutihan karang di kedua-dua pulau masih berada di bawah 10 peratus. Namun, pasukan berkenaan turut mengeluarkan pukat hantu, sekali gus menunjukkan tekanan berterusan akibat sisa marin yang menjejaskan kesihatan terumbu karang di kawasan itu.
Sementara itu, Pengurus Program Kanan Reef Check Malaysia (Sabah) Adzmin Fatta berkata usaha pemuliharaan yang diterajui komuniti terbukti antara pendekatan paling berkesan untuk tindak balas pantas terhadap ancaman yang menjejaskan terumbu karang.
“Bagaimanapun, ia bukan penyelesaian sekali sahaja. Pemantauan berterusan dan tindakan balas pantas amat penting, khususnya di kawasan seperti Tabawan, Silumpat, Bakungan dan Adal yang berpotensi mengalami penularan berterusan.
“Reef Check Malaysia dan rakan-rakan pemuliharaan komuniti menggesa penyelam, pengusaha pelancongan dan komuniti pesisir di seluruh Sabah supaya melaporkan sebarang tanda pemutihan karang yang serius atau kehadiran luar biasa COTs bagi membolehkan usaha pengesanan awal dan tindakan segera,” katanya.
Dalam pada itu, penyelam Kumpulan Pemuliharaan Marin Kunak-Darvel Mohd Zaidi Morphy berkata komuniti tempatan perlu memainkan peranan penting dalam melindungi ekosistem marin.
Loading…
www.bernama.com