BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut langgar tayar lori tercabut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mayat mangsa dibawa ke HTJS untuk tindakan lanjut.
< 1 / 1 >
NILAI – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Alza dipandunya melanggar sebiji tayar lori yang tercabut sebelum kenderaan dipandunya itu merempuh pembahagi tengah jalan di Kilometer 283.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Eddy Khoo, 25, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu secara bersendirian dipercayai dari Kuala Lumpur menghala ke Seremban.

“Namun sejurus sampai di lokasi, mangsa yang memandu di lorong paling kanan dikejutkan dengan kehadiran sebiji tayar lori dari arah bertentangan yang tercabut secara tiba-tiba lalu memasuki lorong dipandu mangsa.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta dipandu mangsa melanggar tayar berkenaan sekali gus menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tersepit dan cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Kata jurucakap, pasukan bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.

“Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, lori 10 tan terbabit yang membawa muatan batu dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur.

“Difahamkan lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun. Selepas menyedari sebuah tayar sebelah kanan bahagian hadapan tercabut, pemandunya berhenti di lorong kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-langgar-tayar-lori-tercabut-1.263717
 
yang cuai orang lain, nyawa melayang orang lain. huhuh.
penah ler sekali dapat situasi sama. lori 1 tan kat depan tetibe tayar tercabut, begolek laju2. lori tu dah terhuyung-hayang, nasibla dia drive tak laju sangat, sempat brek. member yang tengah drive kancil yang aku naik ni menggelabah giler dah tengok tayar tu tergolek arah kami. last2 tayar rempuh divider, pegi kat jalan seberang, pegi arah sorang bro ni yang bawak ex5 kot. berdecit dia buat emergency brek.
 
kdg2 drive rase dah ok tapi nila risiko berada ats jln raya

boleh terjadi kpd sesape shj
 
image.jpg


Mayat mangsa dibawa ke HTJS untuk tindakan lanjut.
< 1 / 1 >
NILAI – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Alza dipandunya melanggar sebiji tayar lori yang tercabut sebelum kenderaan dipandunya itu merempuh pembahagi tengah jalan di Kilometer 283.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Eddy Khoo, 25, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu secara bersendirian dipercayai dari Kuala Lumpur menghala ke Seremban.

“Namun sejurus sampai di lokasi, mangsa yang memandu di lorong paling kanan dikejutkan dengan kehadiran sebiji tayar lori dari arah bertentangan yang tercabut secara tiba-tiba lalu memasuki lorong dipandu mangsa.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta dipandu mangsa melanggar tayar berkenaan sekali gus menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tersepit dan cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Kata jurucakap, pasukan bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.

“Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, lori 10 tan terbabit yang membawa muatan batu dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur.

“Difahamkan lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun. Selepas menyedari sebuah tayar sebelah kanan bahagian hadapan tercabut, pemandunya berhenti di lorong kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-langgar-tayar-lori-tercabut-1.263717


Dah banyak kali lah benda macam ni berlaku..... tapi pihak ahli persatuan kuasa kuasa menteri Malaysia tidur. Benda kecil macam ni pun susah nah handle..... Ketat kan undang undang... Setiap kenderaan selain kereta mesti gunakan nut locking clamp. Nampak nya Malaysia nak tuju 2020 lagi 100 tahun.
 
keluarga dia boleh menfailkan saman kerana kecuaian..
 
pernah kena kat saya. Alhamdulillah tiada kecederaan. kereta kopak. poket pun kopak jugak.
 
ni yang jem panjang semalam......memang dah syak dah.
 
Back
Top
Log in Register