BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Periksa Tayar Treler Di Bahu JalanÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Periksa Tayar Treler Di Bahu JalanÂ​

270fa66facf9ceb3eeaf37df0219fb8d6a01c800b023d

Foto: IPD Temerloh

Seorang mekanik maut dipercayai dilanggar lori ketika sedang memeriksa tayar sebuah treler yang pancit di KM119.5 Lebuhraya Pantai Timur arah barat di Temerloh hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata kejadian kira-kira 12 tengah hari itu mengakibatkan lelaki berusia 48 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah treler sedang berhenti di bahu jalan kerana tayar belakang kenderaan itu pancit dan mangsa berada di lokasi berkenaan untuk memeriksa serta menukar tayar.

“Ketika melakukan pemeriksaan tayar, datang sebuah lori dari arah sama telah bergesel dengan treler terbabit dan melanggar mangsa yang  sedang duduk di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan treler, masing-masing berusia 36 serta 35 tahun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 
Back
Top
Log in Register