BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut Di Gilis Kenderaan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
01.04.2019 - Seremban, Penuggang motosikal maut digilis beberapa kenderaan dalam kejadian di Kilometer 248.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Senawang, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi, mangsa Mazlan Masripan, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis SYM dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

“Ketika tiba di lokasi, motosikal mangsa hilang kawalan dan terbabas menyebabkan dia terjatuh di atas jalan. Mangsa kemudian dipercayai digilis beberapa kenderaan berdasarkan keadaan badan mangsa.

“Selepas kemalangan itu, sebuah kereta Proton Iswara yang berada di lorong tengah cuba mengelak menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan terbabas merempuh pembahagi jalan.

“Pada masa sama, datang Perodua Kancil dan Honda Jazz turut cuba mengelak menyebabkan dua kenderaan itu terbabas dan bergesel,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ibrahim berkata, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke lorong tengah dan kanan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

motoaccident2_1554095047.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/439711/maut-digilis-kenderaan
 
Back
Top
Log in Register