BTC USD 84,250.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid & tempat ibadat Islam.

macam-macam gaya binaan masjid ada...

sumbangan setiap budaya manusia kepada islam.

semuanya tetap sama, masjid. tapi menjadikan seni islam itu kaya.

dulu ada sebuah masjid lama di kelantan yang dibina berseni Langkasuka. tetapi bila dibina masjid baru, ia diabaikan.

kemudian persatuan warisan kumpul duit, beli tapak baru, dan pindahkan masjid tu ke tempat lain.

ada siapa tahu masjid apa?
 


Masjid Hassan di Casablanca.



Masjid di Holland

Dapat kita hayati bahawa Islam telah berkembang, tidak ada lagi di bumi ini tidak sampai syiar Islam. Peristiwa September 11 bukan dapat memburukkan Islam, malah ia menjadi pembuka matahati orang-orang bukan Islam untuk mengetahui tentang agama Islam yang di gembar gemburkan sebagai agama terrorist. Lahaula wala quwata illabillah. Beruntunglah mereka yang dibuka pintu hati oleh Allah. Subhanallah. ALLAHU AKBAR !
 
[/

Masjid Surian Shah di Kalimantan

[URL=http://imageshack.us]


Masjid Kowloon di Hong Kong

Assalamualaikum WBT,

Auzubillahiminasyaitanirajim. Ihdinash shirathal Mustaqiim . Shirathal ladziina An’amta alaihim . Ghairil Maghdhuubialaihim Waladh-Dhaalliin. (Tunjukilah kami jalan yang lurus) (Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka) (Bukan mereka yang dimurkakan dan bukan pula mereka yang sesat). Aamiiin.

Ini adalah 3 ayat akhir surat fatihah yang kita baca dalam setiap rakaat sembahyang. Firman Allah yang diwahyukan terus kepada Rasulullah (hadis Qudsi) tentang fatihah, huraian seperti berikut:

3 ayat pertama ialah untuk Allah.
1 ayat keempat ialah antara Allah dan kita.
Manakala 3 ayat akhir ialah untuk kita.

Allah akan memberi apa yang kita mohon dariNya, syaratnya kita wajib ikhlas, bukan pura-pura, menunjuk-nunjuk, munafik, berebut-rebut melakukan ibadat. (janji jangan orang kata kita tak sembahyang sudah.Maaf ye!. )

Apa untuk kita ? Semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus, jalan nak kemana? Jalan untuk ke syorga, seperti jalan yang Allah tunjukkan kepada para rasul-rasul, nabi-nabi, wali-wali , alim ulama dan para anbia dan para shuhada.

Bukan jalan yang bengkang-bengkok yang menyebabkan kita terpesong ke neraka apabila melakukan maksiat, bukan jalan yang akan mengundang kemurkaan Allah bila makan rasuah (tidak amanah), bercakap bohong dusta, fitnah memfitnah, mengumpat nista, mengaibkan sama saudara Islam, makan riba, makan haram, makan harta anak yatim, dan berbagai lagi larangan Allah.

Ya Rabbi. Teguhkanlah iman kita, tolonglah kita untuk mengingati Engkau, bersyukur kepada Engkau dan elokkan ibadat kita kepada Engkau.

Kita bukan jenis burung kakak tua yang mengikut apa yang orang sebut; sebenarnya semua makhluk: malaikat, fauna flora, tanah, air, api, angin setiap saat berzikir kepada Allah kecuali setengah manusia, setengah jin dan semua keturunan syaitan iblis yang engkar. Minta jauhlah diri kita dari menjadi rakan sahabat syaitan iblis, nauzubillah.

Wallahualam. La haula wala quwata illabillah.
 


Masjid Fakhredine di Lubnan.

[URL=http://imageshack.us]


Masjid Imam Ali Reza di Iran



Masjid Imam Ali waktu malam

Hadis Qudsi

Berkata Aisyah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda:
Allah telah berfirman:

“Inna liabdi alaaya ahdan in aqamas solata liwaktiha an la u azzibahu waan ud khilahul jannata birairihisab. “

Mafhumnya:
“ Sesungguhnya Aku telah berjanji kepada ZatKu terhadap hambaKu, bahawa apabila dia menunaikan solah tepat pada waktunya, nescaya Aku tidak akan menyiksanya, dan bahawa Aku akan memasukkannya ke dalam syorga tanpa hisab lagi.”
Riwayat Hakim dari Saiditina Aisyah r.a.
 


Kaabah disaluti dengan kiswa atau kelambu.
kelihatan sebahagian pintu kaabah di belakang kelambu itu.



Hajar Aswad

Setiap jemaah yang menunaikan haji dan umrah seberapa boleh mahu mengucup Hajaral Aswad ( batu hitam) di salah satu penjuru Kaabah. Namun ini bukanlah amalan wajib dan tidak harus menyusahkan orang lain kerana berebut-rebut hendak mengucupnya, memadailah dengan melambaikan tangan sahaja.

Gambar di atas kerap benar kita lihat, namun saya poskan di sini sebagai memenuhi koleksi tempat ibadat islam yang menjadi tumpuan umat islam seluruh dunia.
 


Masjid QulSharif, Kazan, Kremlin, Russia



Masjid di Kremlin waktu malam

Kita mendirikan sembahyang dengan ikhlas dan kita mengeluarkan zakat apabila mendapat lebih rezeki yang dikurniakan Allah tanda kita bersyukur. Harta yang melimpah ruah itu akan kita tinggalkan juga walau setinggi Genting Highland pun.

Hadis Qudsi:

Berkata Abu Waqid al-Laiisi r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda:

Allah telah berfirman:

Mafhumnya:

“Sesungguhnya Kami (Allah) turunkan harta untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Sekiranya anak Adam itu mempunyai satu lembah, nescaya ia ingin mempunyai dua. Sekiranya ia mempunyai dua, ia hendak pula mempunyai tiga. Dan tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah saja. Kemudian Allah akan mengampuni siapa yang bertaubat.”Riwayat Ahmad dan Thabarani.
 
Marilah kita memuji Allah dengan menyebut nama-nama Yang hanya
Allah sahaja memilikinya.

Berkata Al-Ustadz Muhammad Haqqy Annazily di dalam kitabnya Khozinatul-Asror hal 90: Sesungguhnya Allah Taala mempunyai banyak nama, 1000 nama cuma dikenal oleh para nabi-nabi, 300 nama berada di dalam Taurat, 300 nama di dalam Injil, 300 nama di dalam Zabur dan 99 nama di dalam Al-Quranul Karim dan satu nama berada pada Allah. Kemudian maana dari nama-nama ini berada dalam 3 nama Tuhan yang terhimpun dalam Bismillahir Rohmanir Rahiim .

http://www.youtube.com/watch?v=Ix0Gc7zqrDM&feature=related
 
Back
Top
Log in Register