BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid & tempat ibadat Islam.



Masjid Le Grand di Paris.



Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.



Masjid Nagoya di Jepun.
 
Pantang bila berihram

Bila kita berniat ihram dan menunaikan solat sunat ihram, maka kita berada dalam keadaan terikat dengan peraturan-peraturan yang tidak boleh kita langgar. Allah Maha Mengetahui. Ikhlas itu penting, jika kita tersilap, kita sendiri akui kesilapan kita.

Antara pantang larangnya ialah:

>>>Lelaki x boleh tutup kepala. Xboleh pakai songkok, serban, trendak, kopiah, semutar, sapu tangan, xboleh tutup dengan tapak tangan.

>>>Lelaki juga tidak boleh pakai bersarung/berjahit seperti kemeja, baju melayu, kain pelikat, stoking, seluar dalam.

>>>Wanita xboleh tutup muka (macam zorro) x boleh pakai sarung tangan.

>>>Semua golongan x boleh pakai bau-bauan, mandi x boleh pakai sabun wangi, xboleh mandi bunga atau mandi limau.

>>>Semua golongan x boleh pakai minyak rambut, minyak janggut, minyak misai.

>>>Boleh bersikat tetapi pastikan rambut tidak gugur. X boleh cabut bulu mata, bulu hidung, bulu roma. X boleh cukur/gunting misai atau janggut atau bulu ketiak atau bulu kemaluan.

>>>X boleh potong kuku atau asah kuku.

>>>Ditegah potong atau tebang atau cabut sebarang tumbuh-tumbuhan.

>>>Dilarang memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakan. Kalau terjumpa dhob (sejenis binatang macam biawak yang halal dimakan ) di padang pasir tak bolehlah kejar atau tangkap atau sembelih.

>>>Dilarang beromen, bercium, berkucup, bercumbu, berpeluk-pelukan mesra memadu asmara.

>>>Dilarang bersetubuh/berjimak.

>>>Dilarang bernikah atau menikahkan orang.

Jika dilanggar peraturan kenalah bayar dam (denda) sekurang-kurang seekor kambing, atau wang senilainya atau puasa. (ini kena tanya ustaz atau orang Tabung Haji lebih terperinci)

Kalau bernikah, nikah tidak sah.

Kecuali bab 11 tu jika dilanggar batallah haji, tetapi tidak boleh cancel (X boleh take flight terus balek kampung) kerja haji mesti dilakukan juga seperti orang lain yang tidak batal. Lepas itu wajib pula datang lakukan ibadat haji musim hadapan kerana tahun ini dah sah tak dapat haji.

Kalau pergi cara muasasah dengan Tabung Haji lelaki perempuan diasingkan. Isteri duk bilik lain bersama kaum wanita aje, tapi dengan swasta biasanya dibenarkan duduk sebilik bagi yang bayar lumayan. Ini yang selalu jadi terlanjur ni. Godaan syaitan. Sedar-sedar dah langgar pantang. Ini bukan tuduhan. Jangan salah anggap pula.

 


Eskeletor disediakan di Masjidil Haram. Begitu juga lif.
 
Ka'abah adalah Kiblat.



Suatu masa dahulu di zaman Arab Jahiliah, mereka menyembah berhala. Mereka membina patung dengan menggunakan imaginasi tok sami mereka. Masa itu mereka tak sampai tahap nak imagine rupa Ultraman, kalau tidak mereka sembah Ultraman.

Mereka buat undang-undang sendiri. Anak perempuan mereka tanam hidup-hidup kerana percaya anak perempuan bawa sial. Memang manusia ni ada macam-macam pelik, zaman moden ni pun ada yang mengaku dia menguasai kerajaan langit, dan ramai pula yang sesat mengikut, macam kena sihir.

Dahulu ada patung-patung dalam Ka’abah, sehingga semuanya dimusnahkan oleh Rasulullah SAW.

Sebenarnya tidak ada apa di dalam Ka’abah. Di dalam Ka’abah itu kosong. Ia hanya satu binaan yang Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s. membina bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Kita juga tahu Nabi Ibrahim a.s. telah memecahkan patung-patung ketika baginda masih remaja lagi.

Apabila puak Yahudi berbangga bila Nabi Muhammad dan pengikutnya mengadap Baitul Maqdis sama seperti mereka, baharulah Allah berfirman terus kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu tatkala baginda sedang solat. Baharulah mereka seperti kehilangan kebanggaan dan memujuk Nabi kita supaya kembali mengadap ke arah Baitul Maqdis (kononnya mereka juga akan beriman kelak.)

Kita lihat ketika jemaah berebut-rebut, bertolak-tolak, menggunakan kekuatan dan ada pula yang ambil upah jadi bonser supaya jemaah boleh mengucup Hajar Aswad.
Ramai juga jemaah (pandangan mata kasar) mengagung-agungkan Ka’abah dan berkelakuan anih seperti menyembah Ka’abah, tetapi hanya Allah SWT yang mengetahui apa isi hati mereka. Bagi kita perbuatan seperti itu nampak macam kurafat. Wallahualam. Lahaulawala quwata illabillah.
 
Back
Top
Log in Register