Adalah lebih baik jika kita dapat melakukan korban menyembelih dengan tangan kita sendiri.
Nabi Yunus a.s. bersujud.
Ketika Nabi Yunus a.s. telah ditelan ikan. Ketika dalam perut ikan beliau didatangi malaikat Jibril dan mengajarnya mengucap zikrullah sebagai berikut:
“Laa illaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minaz zholimiin.”Ertinya: Tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada orang yang zalim.
Nabi Yunus terselamat dengan izin Allah dan terdampar ke pantai. Beliau dijumpai oleh kaumnya seorang pengembala kambing.
Ketika itu hari dah petang iaitu waktu Asar.
Sebelum pulang ke kampung halamannya Nabi Yunus sujud syukur ke hadrat Allah SWT kerana terselamat dari kegelapan fikiran hingga mendapat musibah ditelan ikan besar.
Nabi Yunus sujud syukur ke hadrat Allah kali kedua kerana beliau telah terlepas dari maut dalam perut ikan.
Beliau sujud syukur ke hadrat kali ketiga kerana telah selamat dari lemas di laut yang dalam.
Beliau sujud syukur ke hadrat Allah kali keempat kerana Allah telah menggerakkan seekor kambing betina memberinya minum air susu dari putingnya setiap hari sehingga tubuhnya pulih sihat kembali.
Nabi Isa a.s. bersujud.
Raja Bani Israil bernama Herodes sakit hati kerana kehadiran Nabi Isa a.s. menjejaskan kredibilitinya. Herodes menuduh Siti Maryam melakukan zina sehingga mendapat anak lelaki bernama Isa dan menganggap Nabi Isa a.s. sebagai nabi palsu.
Yahuza, anak murid Nabi Isa a.s. yang berkhianat telah menunjukkan kepada serdadu (askar )Herodes tempat Nabi Isa a.s. (bertujuan menangkapnya).
Ketika itu waktu maghrib, datang Malaikat Jibril bertujuan menyelamatkan Nabi Isa a.s.
Nabi Isa sujud syukur ke hadrat Allah yang telah menyelamatkan ibunya dari tuduhan yang tidak benar.
Nabi Isa a.s sujud syukur kali kedua ke hadrat Allah kerana telah menyelamatkan ibunya dari penganiyaan orang Yahudi.
Nabi Isa a.s. sujud syukur kali ketiga ke hadrat Allah kerana telah menyelamatkan beliau dari pengkhianatan muridnya Yahuza dari mati di palang kayu salib.
Nabi Isa a.s. dinaik ke langit oleh malaikat Jibril dan ditempatkan di langit kedua.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“ Demi Allah, yang jiwaku di tanganNya, sudah pasti dekat waktunya Isa bin Maryam turun kepadamu menjadi hakim yang adil. Ia menghancurkan palang salib, membunuh babi, menghapuskan pajak-pajak, dan harta benda melimpah-limpah, sehingga orang tidak mahu menerima sedekah.”
Di atas bukit ini terdapat Gua Hira tempat Nabi Muhammad SAW mengasingkan diri, kemudian menerima wahyu pertama dari Allah SWT melalui Malaikat Jibril: Surah Iqraq.