BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari mengenali Dajjal Al-Masih

Covid-19 & Dajjal?

Hari ini nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar.

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah.

Masih fikir nak shopping baju baru?
Masih fikir nak ke Saloon & Spa?

Dah rindu kopi starbuck?
Dah rindu burger McD?

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia -
Al-Jazeera.

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun.

Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini.

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan.

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan.

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita.

Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah.

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan.

Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.

Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji.

Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search. Banyak hadis yang berkaitan.

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini?

Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu.

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul.

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir.

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih.

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.

Nabi saw pernah bersabda,

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing.

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab.

Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat.

Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?

Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin.

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini.

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas.

Macamana rupa Dajjal?

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”

Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini.

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah.

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal.

Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal.

Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka.

Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga.

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini.

Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)

Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini.

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,

Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal.

Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.

Jadi apa kaitan dengan Covid-19?

Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama.

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari.

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal.

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw.

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang.

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan.

Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing.

Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan.

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal.

Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini.

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal.

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia.

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan.

Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal.

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh.

Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.

Pakat muhasabah.
Semoga bermanfaat.
😎😎😎
skang dah kembali pada kopi starbuck yg menjegil mata, hahahah
 
Jgn takut dgn dajjal
Kerana nabi lebih takutkan ulama su berbanding dajal

Dalam kajian kitab Bidayatul Hidayah di Masjid Al-Edros Langensari, Kota Banjar, Jawa Barat, Ahad (12/5), Kiai Muhammad Idris menjelaskan, ada makhluk yang paling dikhawatirkan oleh Rasulullah Saw ketimbang dajjal.

"أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال فقيل: وما هو يارسول الله؟، فقال: علماء السوء"

"Ada yang paling aku khawatirkan dari kalian ketimbang Dajjal. Beliau kemudian ditanya, Apa itu wahai Rasulullah?` Beliau menjawab, ulama su` (buruk)."

Ulama su', kata Kiai Idris, adalah ulama akhir zaman yang paling dikhawatirkan oleh Rasulullah Saw ketimbang dajjal. Sebab, dajjal memang bertujuan menyesatkan, sedangkan ulama ini, walaupun lidah dan ucapannya memalingkan manusia dari dunia, tapi amal perbuatan dan keadaannya mengajak manusia ke sana.

Ulama su' mempergunakan ilmunya sebagai sarana untuk memperbanyak harta, serta untuk berbangga dengan kedudukannya dan menyombongkan diri dengan besarnya jumlah pengikut. Ilmunya menjadi tumpuan untuk meraih sasaran duniawi.


ulamak su' itu ada;ah ulama2 yg tidak ikut manhaj ulama2 terdahulu, mereka tidak ambil ilmu dr ulama2 terdahulu yg soleh alim warak, lepas tu dok sembang kari ikut nabi sunnah, berat nanag....
 
1000040799.jpg

SELAMAT DARIPADA FITNAH DAJJAL

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.”

(Hadith Riwayat Muslim: 1342)
 
IMG_20231110_090803_309.jpg


SELAMAT DARIPADA FITNAH DAJJAL

Dajjal merupakan fitnah yang paling dahsyat yang akan berlaku di akhir zaman. Oleh itu, Nabi SAW sentiasa memberi pesanan kepada umatnya agar berjaga-jaga dengan fitnah ini.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith Riwayat Muslim : 1342)

Antara cara lain untuk berdepan dengan fitnah Dajjal adalah dengan berpegang dengan petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Hadith dan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah serta memperbanyakkan amalan soleh.

#MalaysiaMadani
#pelantransformasialfalah
 
11nov-belenggubesi.jpg



Belenggu besi dan cemeti

Beberapa lama sebelum naiknya kerajaan
Saya bermimpi, dan dlm mimpi itu
Saya bertemu dgn seorg soleh yg mulia alim dan warak seperti di zaman nabi sahabat lama dahulu
Dlm mimpi itu, org soleh tersebut menyampaikan beberapa pesan, dan melukis sesuatu utk diperlihatkan kpd saya, spt mana lukisan di atas
Org soleh itu menyebut
Bahwasanya, di atas pentas itu adalah beberapa kalangan pemimpin yg dilantik, ditgn mereka ada belenggu besi yg mengawal rakyat awam di bawah pentas, dan disebelah tgn mereka ada pula cemeti utk mencabuk siapa2 yg cuba lepaskan diri atau melawan
Dan dibelakang beberapa pemimpin itu, mereka dikawal seumpama boneka oleh 1 makhluk yg bertanduk dr alam ghoib belakang tabir seumpama jin2 kapir beserta anjing2 garang, di tgn juga ada belenggu besi disetiap leher pemimpin dan ditangannya juga ada cambuk besi utk dilempar jika ada yg cuba melawan
Dlm mimpi itu saya merasa sgt kasihan pd
rakyat awam yg terpaksa menahan derita dan bala yg mendatang...

Sekarang ini tidak boleh sesiapa mengkritik atau komen, akan dilempar humban masuk penjara, inilah permainan tanpa hirau kesusahan keperluan rakyat
Memegang tampuk kuasa tapi penting perut diri sendiri...

Almahdi dan nabi Isa as tidaklah memakai pakaian atau apa2 yg serupa dgn mana menteri yb skang, tidak akan sesekali
Perjumpaan jupa tidak sesekali didewan itu ini, tetapi almahdi akan menggunakan platform masjid, itulah cara beliau, itulah perbezaan KEBENARAN sebenar....

Anehnya pimpinan mereka merasakan mereka benar dan membuat sesuatu yg baik utk rakyat walhal sebaliknya...

Orang soleh didlm mimpi itu adalah org yg sudah pergi Mekah Madinah, bahkan bertemu baginda nabi saw di maqam baginda sendiri, sehingga nampak beliau memberi khutnah dimasa lalu dgn 3 anak tangga di mimbar beliau yg suci...

Org yg benar adalah org yg diberi peluang bertemu baginda nabi saw dan para sahabat dan para awliyak baik secara zohir dan batin, dikala mimpi dan jaga
Dan janganlah akal manusia cuba berhukum dgn perbandingan sifat2 manusia lemah yg diluar batasan
Pasti akan tercengang makhluk akal yg kerdil lemah...
Berbanding dgn ilmu para nabi mukjizat
Alquran 30 juzuk juzuk yg membelah langit dan bumi serta seluruh alam ghoib..

Wallahu alam bissawab,
 
pagini tgk aljazeera, zionis celaka dok halau org palestin di utara supaya pindah ke selatan
dah nampak sgt dah...
kalau dlm hadis, utara palestin tu sempadan dgn syria, dekat2 dgn tempatt nabi Isa as nak turun nanti
keja nak melawan tuhan dan rosul je, tak perasan lagi ke depa tu pengikut dejei?
dok perasan diri tu bawa kebenaran celah mana? kalau dah bunuh org suka2 hati, tu terang2 dah tunjuk diri kamu tu ikut setan ..
 
IMG_20231129_083453_956.jpg


Doa Berlindung Dari Fitnah Dajjal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن عَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، ومِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا والمَمَاتِ، ومِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa kubur, dan dari seksa api neraka, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-masih ad-dajjal.

Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam.

Semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Fitnah Dajjal:


Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa
kemampuan yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:


1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama
dengannya. Benda-benda beku akan
mematuhinya.


Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji
dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama hujan akan
kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua
akan kurang 2/3 dari biasa
dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda
kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan
muncul membawa ujian. Maka
daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan
berkata pada awan: Hujanlah
kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan
bumi menjadi subur. Begitu
juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur
dan stabil pada org yg
bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak
mahu bersukutu dgn Dajjal..
mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan. Dan ada diriwayatkan
penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org yg
tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan
dan kebuluran.


Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:
"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman
pada hari itu wahai
Rasulullah?"
Nabi menjawab:
"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,
bertakbir, bertasbih dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan
menggantikan makanan." H.R Ibnu
Majah


2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan
Neraka:


Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama
dengannya seumpama syurga dan
neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal
akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam
kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan
Syurga itu sebenarnya Neraka
dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah
Syurga.


3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang
tidak dapat dimasukinya:


Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada
kenderaan org dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita mengatakan
kepantasan itu seperti kepantasan
jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau
lebih pantas lagi
daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-
ribu kilometer dapat ditempuh
dalam satu jam
"... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana
kepantasan perjalanannya di
atas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
"Kepantasan perjalanannya adalah seperti
kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau
awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R
Muslim


Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat
memasuki dua Bandar suci umat Islam
iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.


4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:


Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilah
masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi
anak cucu Adam.
Jazakallah khair🤲
 
Back
Top
Log in Register