BTC USD 83,958.0 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari mengenali Dajjal Al-Masih

dajjal ni ada orang kata 'metafora' je,,,dajjal yang sebenar adalah Israel.
 
teori dajjal mmg byk.... cam dlm buku karangan nurani maarif....
 
Nasiruddian al-bani dalam kitabnya mengambil pendapat bahawa dajal bukan suatu metafora, tetapi dajal memang seekor atau seorang dajal...
 
Yg pastinya berhati hati lah dengan bangsa yahudi...
 
[UPDATE TERKINI] Baca Surah Al Kahfi setiap Jumaat untuk selamat dari fitnah Dajjal

Bismillahirahmanirrahim

Peringatan untuk diri aku dan saudara-saudari ku sekalian...Moga2 Allah memberikan kita hasanah di dunia dan di akhirat..

PERKARA PERTAMA​

Sebelum tu, sila lihat video ini, kalau sibuk sangat sila tonton dari minit 1.40 tetapi yang paling penting tonton dari minit 7.04 ke atas....anda akan lihat bagaimana kartun dicipta untuk "influence" kita suka seks rambang, rogol dan sebagainya.....kalau selepas tonton ini, anda dan famili anda masih menonton kartun walt disney dan sebagainya, maka itu menunjukkan kita sudah dipengaruhi atau kena "brain washed"...dan berkemungkinan anda akan memperlekehkan apa yang dikongsi..Moga Allah berikan kita nur dan rahmat.


http://www.youtube.com/watch?v=7uTp2kZz170
​



PERKARA KEDUA​
Daripada Ali RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kira-kira bermaksud:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka dia terpelihara sehingga lapan hari dan sekiranya dajjal keluar, dia akan terpelihara daripadanya.”

“Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”




Seperti yang dikongsi oleh En. Lautbiru,

Keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah Al Kahfi ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran..

Pandangan Sayyid Qutb: Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya.

Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:

1. Tashih al-Aqidah
(Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)

2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar
(Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)

3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah
(Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar)


Untuk keterangan lanjut oleh Lautbiru, sila lihat disini


Sekurang2nya dengar dulu jika malas, letih atau sibuk....bila dah selalu dengar mungkin dah boleh mula baca...tetapi bermula dengan niat.



PERKARA KETIGA​

Ini ada video dari Sheikh Imran Hosein berserta terjemahan dalam bahasa Melayu mengenai Surah Al-Kahf

http://www.youtube.com/watch?v=la2JYSSy2Ug&feature=related

​
 
Last edited:
Aku upkan semula supaya kamu semua beringat atau boleh baca selepas solat maghrib nnt...
 
Sambil baca AlKahfi rohani kena bersih baru boleh nampak atau terasa fitnah dajjal
 
KHUTBAH TERAKHIR: Pesanan Penting Buat Perisai Iman Dari Ujian Dajjal

ASSALAMUALAIKUM!
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan diri saya dan diri saudara Islam saya akan amanat Rasulullah SAW yang kian dilupakan - tatkala kita tinggal di akhir zaman dengan fitna Dajjal yang begitu kuat - Saya percaya amanat ini penting dalam mengekalkan iman kita serta menjadi perisai dari fitnah al-Masih ad-Dajjal laknatullah!

DEMI MASA!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
​


http://www.youtube.com/watch?v=w6XEHvroR4I

Wasiat%2BTerakhir%2BRasulullah.jpg


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


-=-=-=-=-

Ramai yang sudah lupa pesanan ini... ini adalah kunci kejayaan kita didunia dan akhirat dan perisai akhir zaman... tapi ramai yang terlupa akan pesan ini... jadi saya sebagai saudara Islam, ingin berkongsi... marilah kita kembali ke Quran dan Sunnah...

Janganlah fikir ini Salafi atau Wahabbi atau apa2 - Ambillah ini sebagai pesanan Rasulullah SAW kepada kita :)
​
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register