BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MARA Sasar Jualan RM1 Bilion Menerusi "Gate To Global" Dalam Tempoh Lima Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MARA Sasar Jualan RM1 Bilion Menerusi "Gate To Global" Dalam Tempoh Lima Tahun​

69b134c4d43ecc9681b6583cfd47121c6a4dfeae2ebc6

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) bergambar bersama para penerima Pembiayaan Prin dan Premis pada Program Himpunan Usahawan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi program "Gate to Global", yang memberi tumpuan memperluas pasaran produk usahawan bumiputera ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata program itu membabitkan 176 usahawan bumiputera dengan matlamat memastikan produk tempatan bukan sahaja mampu bersaing di pasaran domestik, malah menembusi pasaran global.

Beliau berkata pendekatan MARA kini tidak lagi hanya tertumpu kepada aspek pembiayaan, sebaliknya memperkukuh peranan sebagai agensi yang membimbing, memantau dan menyediakan akses pasaran kepada usahawan bagi melonjakkan perniagaan mereka.

“Fokus MARA untuk usahawan kali ini lebih banyak kepada pengantarabangsaan. Sebab itu program seperti himpunan usahawan di Johor ini memang seiring dengan agenda besar kita (MARA) kerana pembangunan usahawan merupakan antara komponen penting dalam usaha menjadikan Johor sebuah negeri maju.

“Kita mahu usahawan bumiputera Johor tidak ketinggalan dalam usaha kerajaan negeri merencanakan Maju Johor 2026 hingga 2030. Mereka mesti melibatkan diri dengan lebih aktif dan MARA bersedia menjadi agensi yang akan memantau dan membimbing bukan sahaja sekadar membiayai mereka,” katanya ketika ditemui pada Program Himpunan Usahawan Negeri Johor di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata antara pendekatan paling berkesan membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan ialah menerusi sesi padanan perniagaan yang membuka peluang kerjasama strategik antara usahawan pelbagai peringkat.

“Matlamat kita ialah memastikan setiap usahawan dapat berkembang ke peringkat seterusnya dan cara paling berkesan ialah mereka bekerjasama antara satu sama lain, manakala MARA akan menjadi payung kepada mereka dengan MARA Corp bertindak sebagai pemacu kepada usaha berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi berkata MARA kini memberi penekanan terhadap usaha membawa produk usahawan bimbingannya ke pasaran antarabangsa, termasuk menerusi kerjasama dengan rangkaian pasar raya LuLu di negara Arab.

“Terbaharu sukacita saya nak mengumumkan, kita sudah pun mendapat kelulusan daripada satu syarikat antarabangsa yang ada rangkaian outlet di seluruh negara Arab iaitu LuLu membabitkan 342 SKU (unit penyimpanan stok) kita dengan nilai pasaran lebih daripada USD100 juta.

 
Back
Top
Log in Register