combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 380 orang melibatkan 97 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 197 mangsa pagi tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, semua mangsa melibatkan kawasan Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru berhampiran Kuching, dengan pemindahan dilakukan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Mangsa di PPS Dewan Masyarakat Stapok meningkat kepada 199 orang daripada 53 keluarga, manakala di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru menempatkan 181 mangsa daripada 44 keluarga,” menurut kenyataan JPBN hari ini.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga esok.
Antara kawasan dijangka terkesan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 380 Orang
Kuching, banjir, hujan, JPBN, Sarawak