kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Keadaan sebuah rumah yang dinaiki air di Titi Tinggi, Padang besar ketika tinjauan FotoBernama
Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri setakat 8 pagi ini meningkat kepada 10,922 orang dengan Kelantan merekodkan angka paling banyak yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pulau Pinang, Perlis dan Perak turut mencatat pertambahan jumlah mangsa, manakala di Kedah dan Terengganu menurun, serta Selangor menjadi negeri terbaharu yang terjejas dengan banjir.
Di KELANTAN, mangsa banjir semakin meningkat kepada 8,248 orang daripada 3,022 keluarga pagi ini berbanding 7,830 orang malam tadi.
Menurut Infobencana JKM, sebanyak 33 PPS dibuka di empat jajahan terjejas, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.
Sementara itu, Infopublic Banjir memaklumkan Serdang di Gunong Barat Bachok, merekodkan bacaan hujan 33.5 milimeter dalam masa satu jam, setakat 6 pagi tadi.
Di PULAU PINANG, mangsa banjir juga bertambah kepada 242 orang daripada 57 keluarga dengan dua lagi PPS dibuka menjadikan keseluruhan empat PPS, menurut kemas kini melalui laman web lnfobencana JKM setakat 7.49 pagi.
Dua PPS yang baru dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang menempatkan 50 mangsa dan SK Lahar Yooi di Seberang Perai Utara (SPU) yang belum lagi dihuni mangsa banjir.
Pusat Pemindahan Desa Puri merekodkan jumlah mangsa paling banyak, iaitu 107 orang daripada 48 keluarga sementara SK Pengkalan Jaya menjadi tempat perlindungan bagi 85 mangsa melibatkan 18 keluarga.
Daripada keseluruhan jumlah mangsa itu, 151 orang ialah dewasa, 84 kanak-kanak dan dua lagi bayi.
Tujuh Negeri Terjejas Banjir, Mangsa Di Kelantan Meningkat 8,248 Orang
banjir, PPS, mangsa, rangkuman, pagi