combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Malaysia Tetap Tegas Sekat Kemasukan Warga Israel - Pm Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari pada program Jelajah Rakan Muda @ Paroi Negeri Sembilan 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus berpegang kepada pendirian menyekat kemasukan warganegara Israel ke negara ini meskipun lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan rasa tidak berpuas hati atas keputusan itu.
Anwar berkata pendirian itu berasaskan prinsip mempertahankan hak rakyat serta menentang kezaliman, pencerobohan dan pembunuhan berterusan yang berlaku terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Beliau berkata dasar menyekat kemasukan warganegara Israel ke Malaysia bukannya perkara baharu, sebaliknya telah dilaksanakan sejak puluhan tahun dan sepatutnya sudah sedia maklum oleh pihak AS.
“Beberapa Ahli Parlimen Amerika telah membuat kenyataan menyelar saya kerana keputusan Malaysia untuk menyekat kemasukan rakyat Israel dalam syarikat-syarikat dan sebagainya.
“Mereka boleh buat ugutan, tapi saya akan tegas pertahankan hak rakyat Malaysia dan keputusan yang dibuat untuk tetap menghalang kehadiran mana-mana warganegara Israel di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Rakan Muda di sini hari ini.
Berita lanjut menyusul.