BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Rapatkan Jurang Pembangunan Pada Sidang Kemuncak ASEAN - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7330b96bcc0f1685282314c9f23e1b2d69fdf97f48031

kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Malaysia memainkan peranan menggilap semangat ASEAN khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pada sidang tersebut, selain menjulang sikap dan prinsip yang selari dengan norma dan undang-undang antarabangsa, Malaysia juga telah memperluas serta mencipta jaringan perdagangan, merancak pelaburan, memperkasakan liputan dan fungsi digital serta keterjaminan makanan.

“Walhasil, Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam mempererat hubungan antara negara ASEAN, terutamanya dalam mendepani kemelut bekalan tenaga yang bersifat sejagat dan yang sedang merenggut semua,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan di sini, yang berlangsung dari 7 hingga 8 Mei.

Beliau tiba di sini bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail dan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Filipina mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN dari Malaysia pada 1 Jan 2026 dengan tema “Navigating Our Future, Together,” (Mengemudi Masa Depan Kita, Bersama) menerusi tiga teras iaitu Tonggak Keamanan dan Keselamatan, Koridor Kemakmuran dan Pemerkasaan Rakyat.

 
Back
Top
Log in Register