BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Hadir Sidang Kemuncak BIMP-EAGA Di Cebu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
98ea18a541958fb3dd3e31be82aaf46169fc5fe7d7a9d

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Cebu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak BIMP-EAGA di sini hari ini, dengan perbincangan tertumpu kepada pembangunan subwilayah.

BIMP-EAGA, yang merujuk kepada Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina, ditubuhkan pada tahun 1994 dengan matlamat mempercepat pertumbuhan ekonomi inklusif, pembangunan dan kemakmuran di kawasan kurang membangun dalam negara anggotanya.

Anwar tiba di sini pada 1.50 tengah hari bagi lawatan dua hari untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan.

Sidang kemuncak itu akan turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bersama-sama Perdana Menteri.

Sementara itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berkata perbincangan pada sidang kemuncak tersebut, menampilkan program dan projek utama yang kini memberi impak besar kepada komuniti tempatan menerusi penciptaan peluang pekerjaan, pengukuhan hubungan jaringan serta peluasan peluang, khususnya di kawasan pertumbuhan subwilayah.

“Kejayaan ini mengingatkan kita bahawa kerjasama serantau memberikan nilai paling besar, apabila ia mampu meningkatkan kesejahteraan komuniti tempatan.

“Biarlah sidang kemuncak ini memperbaharu tekad kita untuk menterjemahkan visi kepada tindakan dan perancangan kepada impak berkekalan. Secara bersama-sama, marilah kita terus membina BIMP-EAGA yang lebih terhubung, berdaya tahan dan makmur demi generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Mengenai Wawasan BIMP-EAGA 2035, Marcos berkata ia bukan sekadar pelan hala tuju bagi integrasi ekonomi, tetapi satu janji untuk memastikan pembangunan yang bermakna, mampan dan dapat dirasai dalam kehidupan harian rakyat di rantau itu.

 
Back
Top
Log in Register