BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perkukuh Hak Pekerja Melalui Kerjasama ITUC Dan UNI Global Union - Ramanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Perkukuh Hak Pekerja Melalui Kerjasama ITUC Dan UNI Global Union - Ramanan​

21ffa3d0cc5d90c96bba59ffbeaff5de6a28f4467d615

54686293f40fe1eda29a3a5a3a8d71f86a28f483b762f

Kredit : Laman Facebook Ramanan Ramakrishnan Official Media

Malaysia memperkukuh hubungan dua hala menerusi pertemuan bersama Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC) serta UNI Global Union bagi mempertingkatkan keadilan sosial, dialog sosial dan kebajikan pekerja di peringkat global.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata siri pertemuan itu membuka ruang perbincangan strategik mengenai hala tuju dasar perburuhan dan pemerkasaan ekosistem pekerjaan yang lebih adil serta berdaya tahan.

Ramanan berkata semasa pertemuan itu beliau telah berkongsi pelbagai inisiatif dan reformasi yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia dalam memperkukuh perlindungan pekerja.

"Ia termasuk agenda reformasi undang-undang perburuhan, penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi pekerja gig melalui penggubalan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872), pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026-2030 (OSHMP30) 2026–2030, serta pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 JAM) yang berkuat kuasa pada 1 Jun lepas," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata perbincangan itu turut memfokuskan persediaan mendepani impak krisis global dan ketidaktentuan geopolitik Timur Tengah yang menjejaskan kestabilan ekonomi serta pasaran buruh antarabangsa.

"Malaysia memandang serius perkembangan ini dan mengambil pendekatan proaktif dengan merangka pelbagai inisiatif mitigasi bagi memastikan kesejahteraan pekerja terus terpelihara serta impak krisis dapat ditangani secara berkesan,” katanya.

Ramanan berkata kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kekal komited memelihara prinsip tripartisme sebagai teras utama sistem perhubungan perusahaan demi mengekalkan keharmonian industri.

Kerjasama strategik itu dicapai melalui siri pertemuan dua hala yang berasingan bersempena Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Sesi Ke-114 yang berlangsung dari 1 hingga 12 Jun, 2026, di Geneva, Switzerland.

Pertemuan bersama ITUC itu dihadiri Setiausaha Agungnya Luc Triangle, Timbalan Setiausaha Agung Eric Manzi, Pengarah Politik, Jeroen Beirnaert dan Setiausaha Agung Asia Pasifik, Syoya Yoshida.

 
Back
Top
Log in Register