BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia-India Perkukuh Hubungan Demi Kemakmuran Lebih Inklusif - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia-India Perkukuh Hubungan Demi Kemakmuran Lebih Inklusif - PM Anwar​

43704b540bb641808d8eefd42e499e736a0ad25fe41ba

6b307079c0f876535fdcf2d8a9c5e6706a0ad285945d7

29e9100b8cf0d070ee9ad1fc4d6b43076a0ad2a7e87f8

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus memperkukuh hubungan baik dengan India demi manfaat bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran yang lebih inklusif buat kedua-dua negara.

Anwar berkata perkara itu disentuh ketika beliau menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan di negara ini tidak lama lagi.

Beliau berkata pertemuan itu dimanfaatkan bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan India yang kini berada pada tahap Kerjasama Strategik Komprehensif, sekali gus mencerminkan iltizam bersama dalam memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang.

Perdana Menteri berkata kerjasama itu meliputi perdagangan, digital, kecerdasan buatan (AI), keterjaminan makanan, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

“Saya turut menyentuh perkembangan positif perdagangan dua hala yang mencecah USD18.59 bilion pada 2025, sekali gus mengekalkan India sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerjasama dalam bidang digital dan teknologi baharu turut  menunjukkan perkembangan memberangsangkan menerusi penganjuran Mesyuarat Pertama Malaysia–India Digital Council (MIDC) serta MY–India AI Conclave di ibu negara baru-baru ini.

 
Back
Top
Log in Register