BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia-Bangladesh Teroka Kerjasama Pendidikan Tinggi, Mobiliti Tenaga Kerja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
e3c4a630239bfd1aa5baf8ba2462880b69d8c12a5c9dc

Kredit: FB - Zambry Abd. Kadir

Malaysia dan Bangladesh akan meneroka potensi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, pembangunan bakat serta mobiliti tenaga kerja berkemahiran.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan mengenai perkara itu diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Ariful Haque Choudhury bersama-sama Penasihat Perdana Menteri Bangladesh Mahdi Amin ke Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya hari ini.

“Insya-Allah, hubungan dua hala ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama selaras dengan usaha memperkasa ekosistem pendidikan tinggi negara ke arah yang lebih berdaya saing dan inklusif,” katanya menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuan beliau dengan kedua-dua pemimpin Bangladesh itu.

Hantaran itu turut disertai beberapa keping gambar yang memaparkan Zambry menyantuni Ariful dan Mahdi di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi.

 
Back
Top
Log in Register