BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malam Lailatul Qadar



"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil... dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Memang ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya abah.

"Lailatul Qadar, abaaah," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala h0tak engkau. Berapa lama engkau tak pegi masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah ubah suai masjid la. Bumbung masjid bocor... pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... b.0.d.0.h," sambung abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Dah pernah tapi yg ni dah edited version

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.
 
Moral dia kalau jumpa yg pelik2 di malam 15 akhir ramadhan, jangan ler ingat mlm lailatulqadar :D
 
hargai la masa bersama abah..selagi masih ada hayat nya
 
Dikesempatan ini..saya ingin mengucapkan Salam Idul'Fitri
kalau ada terkasar bahasa didalam forum ni dan juga diluar
ketika kita bertemu..saya menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf andai tingkah laku saya itu membuatkan
kalian tersinggung dan berasa hati..

Maaf Zahir Dan Batin dari

-SangBogo-

2827605383_0d41d10b8f.jpg
 
Back
Top
Log in Register