BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Dua Individu Berhubung Aktiviti Pasaran Modal Tanpa Lesen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan dua individu terhadap hukuman penjara setahun dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen pada 2022 atas kesalahan berkaitan menjalankan aktiviti pasaran modal terkawal tanpa lesen.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin ketika menolak rayuan Su Eng Kooi dan Yap Choong Seong berkata tiada kesilapan undang-undang atau fakta oleh Mahkamah Sesyen dan sabitan tersebut selamat.

Mahkamah seterusnya bersetuju bahawa hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua mereka tidak berlebihan sehingga memerlukan campur tangan rayuan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terakhir kepada Mahkamah Rayuan.

Su dan Yap didakwa di Mahkamah Sesyen pada 5 Julai 2017 dengan dua pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Seksyen 367(1) akta sama.

Pertuduhan berkaitan pengendalian Jalatama Management Sdn Bhd semasa menjalankan perniagaan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan dan berurusan dalam derivatif tanpa Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.

Perayu yang juga pegawai Jalatama ketika kejadian melakukan kesalahan itu dalam tempoh antara Julai 2011 hingga September 2013.

Kedua-duanya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen pada 12 Dis, 2022 selepas perbicaraan penuh.

Su dan Yap masing-masing dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM1 juta serta penjara satu tahun jika gagal membayar denda.

 
Back
Top
Log in Register