combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan individu yang telah menerima pengampunan menukar hukuman mati kepada penjara seumur hidup tidak berhak untuk memohon semakan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) bagi tujuan mengubah tarikh mula pelaksanaan hukuman mereka.
Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengubah perintah Lembaga Pengampunan.
Lembaga Pengampunan menetapkan bahawa responden, G. Jiva, 55, warga Thai, Phrueksa Taemchim, 41, dan rakyat Zambia, Mailesi Phiri, 48, mesti menjalani hukuman penjara 30 tahun mereka bermula dari tarikh keputusan Lembaga Pengampunan.
Mahkamah memutuskan bahawa bidang kuasanya di bawah Akta 847 adalah terhad kepada mendengar permohonan semakan daripada banduan yang hukuman mati mereka sama ada ditolak oleh Lembaga Pengampunan atau digantikan kepada penjara seumur hidup tanpa tempoh tahanan tertentu.
Panel hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais, Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali seterusnya membenarkan permohonan semakan pihak pendakwa.
Che Mohd Ruzima ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah berkata mahkamah di negara ini sejak dahulu membuat pendirian bahawa kuasa prerogatif Lembaga Pengampunan tidak boleh diadili dan disemak secara kehakiman.
Beliau berkata mahkamah ini berpandangan tindakan responden-responden mengemukakan permohonan di bawah Akta 847 adalah serupa dengan tindakan mencabar keputusan Lembaga Pengampunan.
“Keputusan Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar dan diadili secara kehakiman, namun responden-responden tidak dibiarkan tanpa remedi,” katanya.
Beliau berkata responden-responden masih boleh mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan semula tarikh bermula hukuman mereka.
Mahkamah Persekutuan Putuskan Tiada Bidang Kuasa Semak Keputusan Lembaga Pengampunan
hukuman mati, banduan, Mahkamah Persekutuan, penj