combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mahkamah Persekutuan Putuskan Tiada Kekhilafan Dalam Perintah Pembebasan Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ahli keluarga dan penyokongnya di Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan pembebasan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Menerusi keputusan majoriti 2-1, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak rayuan akhir pendakwaan untuk mengembalikan sabitan dan hukuman terhadap Syed Saddiq, 33, manakala Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim memberikan keputusan bertentangan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mahkamah Persekutuan hari ini, melalui keputusan majoriti 2-1, memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf ketika membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat Mahkamah Rayuan adalah tepat dalam memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan elemen penting kesalahan melampaui keraguan yang munasabah.
Justeru, kedua-dua hakim berpandangan bahawa Mahkamah Rayuan tidak melakukan sebarang kekhilafan yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Persekutuan.
Menyentuh mengenai pertuduhan bersubahat, Che Mohd Ruzima berkata Syed Saddiq tidak boleh dianggap sebagai bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang tidak pernah didakwa.
Beliau berkata pendakwaan berhujah bahawa Rafiq Hakim telah melakukan pecah amanah jenayah selepas menerima arahan daripada Syed Saddiq untuk memindahkan wang terbabit.
"Meskipun tanpa bukti kukuh, tindakan melabelkan Rafiq Hakim (saksi pendakwaan ke-13 - SP13) sebagai individu yang telah melakukan kesalahan hanya berdasarkan pengakuannya bukanlah suatu pembuktian yang diterima dalam prinsip perundangan," katanya.
Che Mohd Ruzima juga memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan bahawa wang sebanyak RM120,000, yang didakwa telah disalah guna oleh Syed Saddiq, adalah milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE).
"Sebaliknya, berdasarkan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah, wang itu diperoleh daripada dua acara kutipan dana di Muar, Johor dan Hotel DePalma, Ampang khusus bagi pembiayaan kempen politik beliau.
"Berdasarkan keterangan, wang itu bukan milik ABBE, SP13 atau mana-mana pihak… wang itu pada asalnya milik para penyumbang yang telah diserahkan kepada Syed Saddiq untuk membiayai kempennya di Muar sekali gus menjadikan beliau sebagai pemilik benefisial wang berkenaan," katanya.