BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas Enam Tahun, Kebenaran Akhirnya Ditegakkan - Syed Saddiq

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Selepas Enam Tahun, Kebenaran Akhirnya Ditegakkan - Syed Saddiq​

ad6a1f75c855f92d762fda41b85d4cbd6a54802a6eeed

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ceria bersama ahli keluarga dan penyokongnya di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan pembebasan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi keputusan majoriti 2-1, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak rayuan akhir pendakwaan untuk mengembalikan sabitan dan hukuman terhadap Syed Saddiq, 33, manakala Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim memberikan keputusan bertentangan.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Selepas enam tahun berdepan proses perundangan, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pengalaman itu mengukuhkan keyakinannya bahawa keadilan dan kebenaran akhirnya ditegakkan.

Syed Saddiq, 33, yang melakukan sujud syukur bersama keluarganya sejurus selepas mahkamah membuat keputusan membebaskannya daripada semua pertuduhan berkata keputusan pada hari ini membawa kesedaran dan keinsafan kepada beliau untuk terus mempertahankan kebebasan institusi keadilan negara yang menjadi asas kekuatan Malaysia.

"Saya pegang kepada prinsip berani kerana benar, pegangan itu membawa kita semua kepada hari ini. Enam tahun sangat lama, bukan setakat membawa kesan ke atas diri saya, tetapi khusus ke atas ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, sahabat dan dunia politik," katanya kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman di sini.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan pembebasan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Syed Saddiq berkata pengalamannya berdepan dengan pertuduhan jenayah selama enam tahun adalah satu pengajaran yang tidak ternilai baginya.

“Walaupun kita berdepan dengan keadaan seolah-olah tiada harapan atau (tiada) sinar di penghujung terowong, kita tidak sepatutnya menggadaikan prinsip, integriti atau maruah demi jalan keluar mudah yang mana pada akhirnya, kita perlu meletakkan kepercayaan kepada tuhan dan juga kepada institusi yang menjadikan negara ini sebuah negara hebat," katanya.

Selain itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau mahu mengambil sedikit masa daripada memikirkan rancangan politik bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan menguruskan kehidupan peribadinya.

"Saya tidak pernah meninggalkan (parti) MUDA tetapi berhubung masa depan, rancangan politik dan sebagainya, saya rasa saya akan mengambil sedikit masa. Hari ini saya ingin menghabiskan banyak masa bersama keluarga dan ingin menyelesaikan kehidupan peribadi saya.

"Saya ada (persidangan) Parlimen, saya akan terus ke Parlimen selepas ini, tetapi memang saya ingin buat (majlis) kesyukuran, khususnya bagi warga Muar,” katanya dan menambah ibu bapanya telah memberi ‘lampu hijau’ untuk meneruskan perancangan perkahwinan.

 
Back
Top
Log in Register