BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAEPS Bersedia Untuk Penganjuran MAHA 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MAEPS Bersedia Untuk Penganjuran MAHA 2026​

907595f829ee91c15396bd266d1db83d6a71a629109f6

ae8bf283f38230731cf440567244184c6a71a668bfdc2

23d25ecb64aaa6a2d33e4296a17d17976a71a6cd36d85

Ketua Sekretariat MAHA 2026 merangkap Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Dr Mohd Haniff Hassan ketika ditemu bual Bernama mengenai penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini bersedia menjadi lokasi penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 melibatkan kawasan seluas 129.5 hektar dimanfaatkan dengan pameran rantaian sektor agromakanan bagi memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengunjung.

Ketua Sekretariat MAHA 2026 yang juga Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Dr Mohd Haniff Hassan berkata sejak 2006, MAEPS menjadi lokasi penganjuran MAHA berikutan kemudahan infrastruktur serta kedudukan yang strategik.

“Kedudukan MAEPS bersebelahan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan berhampiran Putrajaya memberikan kelebihan logistik, pendidikan serta penyelidikan berkaitan pertanian.

“Selain itu, MAEPS yang berada di pinggir Kuala Lumpur juga  kurang sesak dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa,” katanya kepada Bernama.

Mohd Haniff berkata MAHA 2026 dari 28 Ogos hingga 6 Sept dijangka menerima sambutan meriah kerana berlangsung semasa cuti sekolah dengan pihaknya menyasarkan kehadiran kira-kira empat juta pengunjung.

Beliau berkata penggunaan MAEPS pada edisi tahun ini dioptimumkan sepenuhnya melibatkan ruang dalam dewan dan kawasan luar bagi mempamerkan keseluruhan rantaian nilai sektor pertanian dan agromakanan.

Beliau berkata Dewan A akan menempatkan pameran dalam dan luar negara, sesi padanan perniagaan, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) serta program Malaysia Go Global yang melibatkan pengeksport dan pembeli antarabangsa.

“Di Dewan C kita akan menampilkan mekanisasi, jentera, robotik dan sebagainya manakala Dewan D menempatkan pelbagai kandungan berkaitan pertanian serta agromakanan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register