BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Maaf kedai dirompak'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ALOR STAR: “Sorry ekh!! Boom kedai hang. Halal noh!“ (Minta maaf! Kedai anda dibom. Halalkan ya!)

Itulah nota ditulis pada dinding salah satu empat premis hartanah dan perumahan di tingkat satu, Kompleks Alor Star, di sini, yang dipecah masuk, malam kelmarin.

Nota menggunakan pen marker hitam itu ditulis salah seorang pencuri selepas menggeledah keempat-empat premis berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan 20 pekerja di empat premis itu tidak dapat memasuki pejabat mereka pagi semalam apabila semua pintu tidak dapat dibuka selepas dirosakkan pencuri terbabit.

Seorang pekerja, Noraini Yusoff, 26, berkata, dia terkejut mendapati pintu besi pejabatnya diumpil sebaik tiba kira-kira jam 9 pagi semalam.


“Saya terkejut apabila mendapati pintu besi pejabat bengkok akibat diumpil dan dipercayai dilakukan pencuri yang memecah masuk,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Dia kemudian menghubungi majikannya yang kemudian menghubungi polis.

Noraini berkata, sebelum meninggalkan pejabat kira-kira jam 6 petang kelmarin dia mendapati pejabat itu dikunci dengan baik.

Pengarah Syarikat Hidaka Construction (M) Sdn Bhd, Mahadi Hanafi, 38, berkata, beliau kehilangan dua topi keledar berharga RM1,600 yang disimpan dalam almari.

“Saya memang menyimpan topi keledar di pejabat dan dua daripada sembilan topi keledar yang disimpan di situ dilarikan pencuri. Malangnya topi keledar yang hilang itu adalah yang paling saya sayang dan berharga RM800 setiap satu,” katanya.

Bagaimanapun, jumlah kerugian di semua premis berkenaan masih dalam siasatan berikutan anggota polis tidak dapat memasukinya kerana pintu yang dirosakkan.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat, Inspektor Shukri Samah ketika ditemui di tempat kejadian berkata, jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Kita percaya kemungkinan premis berkenaan dipecah masuk antara jam 6 petang semalam (kelmarin) hingga 9 pagi ini (semalam) dan kita percaya ia dilakukan secara berkumpulan,” kata

Dah rompak kedai minta halal pula. Makin gila Malaysia nie

:eek: :eek: :eek: :eek:
 
apa ke bodo nye manusia, kekeke
 
curi helmet ?

kedai apa ni ek ?
mesti dah aim lama dah ni !
 
salah didikan tu nmpknye...
sbb tu lah dia jadi pencuri..
x pun berangan nk jadi robinhood :D :D
 
agak budus gak perompak ni..dah merompak pastu minta halal lak
 
aku lalu tgk td tmpt tu..yg rompak pon budak2...budak punk huhuu..
 
hahahhaha!!! mcm adegan citer P RAMLEE plak..wkakak!!! kreatif tol pencuri nih
 
Back
Top
Log in Register