BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tinggal nota mohon maaf, wang selepas langgar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14221879792922981-394328.jpg

14221879792922981-394329.jpg


Tinggal nota mohon maaf, wang selepas langgar


PETALING JAYA – Sikap jujur dan tanggungjawab seorang pemuda yang dipercayai meninggalkan nota permohonan maaf beserta jumlah wang tunai selepas tidak sengaja melanggar sebuah kenderaan mendapat pujian daripada orang ramai semalam.


“Untuk adik yang langgar kereta suami saya, baiknya awak. Sangat bertanggungjawab dan siapa pun awak, saya doakan semoga baik-baik sentiasa dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menyentuh hati rata-rata pengguna apabila melihat isi kandungan nota yang ditulis dengan penuh keikhlasan dimana pemuda berkenaan berkali-kali memohon maaf di setiap perenggan yang ditulisnya.

Pemuda itu dengan rendah hati mengakui telah terlanggar kereta berkenaan ketika ingin meletakkan kenderaannya dan menyatakan bahawa dia hanya mampu meninggalkan sejumlah wang yang ada padanya sahaja ketika itu.

“Saya minta maaf sebab dah calarkan kereta sebab tertekan minyak masa nak parkir dan saya memang tiada niat nak lari sebab saya takut dan panik.

“Maafkan saya, harap awak sudi terima duit yang saya ada ini,” katanya dalam tulisan nota tersebut.

Tindakan pemuda itu bukan sahaja meruntun hati, malah dianggap sebagai contoh terbaik sifat amanah yang jarang ditemui pada masa kini.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register