BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki tular ganggu, tolak kuali peniaga mohon maaf

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
*Lelaki tular ganggu, tolak kuali peniaga mohon maaf*

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu kejadian tular membabitkan seorang individu yang menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makanan di New Lane, di sini, pada Sabtu lalu.

Timbalan Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun pada 6 Julai lalu berhubung kejadian berkenaan.

“Pengadu yang juga anak kepada pemilik gerai makanan terbabit memaklumkan bahawa insiden berlaku kira-kira jam 7 malam pada 5 Julai ketika dia dan ahli keluarganya sedang menjalankan perniagaan.


Menurut beliau, hasil siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan atau kerugian dilaporkan dalam kejadian itu.

“Susulan permohonan maaf daripada suspek, pengadu memaafkannya serta enggan meneruskan kes berkenaan.

”Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL),” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat memaparkan seorang lelaki bertindak memarahi dan menolak jatuh kuali masak seorang penjual makanan.

Artikel : MalaysiaGazette


 
Tangan dia melecur tu, tapi dia tahan supaya nampak hebat
 
Back
Top
Log in Register