BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lorong Jalan Sungai Pinang Ditutup 10 Hari Mulai Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lorong Jalan Sungai Pinang Ditutup 10 Hari Mulai Esok​

c58a96132e8cad7b56c321748e29f5896a904ef6129b0


Sebahagian lorong di Jalan Sungai Pinang menghala ke Jalan Jelutong akan ditutup secara separa selama 10 hari bermula esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengalihan utiliti oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang Lim Siew Khim berkata penutupan selama 24 jam sehari itu bermula 9 pagi esok hingga 11.59 malam pada 6 Sept.

"Penutupan itu melibatkan lorong paling kiri antara persimpangan Lebuh Bakau dan persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Pinang-Jalan Jelutong.

"Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh menggunakan Lebuh Bakau untuk menuju ke Jalan Jelutong, manakala lorong lain akan kekal dibuka kepada trafik," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Lim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

Beliau berkata papan tanda keselamatan, kon trafik dan pengawal bendera akan ditempatkan di lokasi berkenaan bagi membantu melancarkan aliran trafik serta memastikan keselamatan semua pihak.

 
Back
Top
Log in Register