BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Separa Lorong Jalan Kampung Relau, Jalan Tun Dr Awang Ditutup Berkala Mulai Esok Hingga 15 Okt

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Separa Lorong Jalan Kampung Relau, Jalan Tun Dr Awang Ditutup Berkala Mulai Esok Hingga 15 Okt​

d112153984dccb1ebd7c5264d03a8b946a6c41dd573c8

Kredit: MRT Corp

Penutupan separa lorong secara berkala di Jalan Kampung Relau dan Jalan Tun Dr Awang di sini bermula esok hingga 15 Okt bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja perparitan dan pelebaran jalan untuk Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bermula 8 pagi hingga 4 petang.

"Penutupan melibatkan lorong paling kiri di hadapan Penang International Commercial City (PICC) menghala ke Bayan Lepas, lorong paling kiri di hadapan stesen minyak Petron Bukit Jambul menghala ke Komtar, serta lorong paling kiri bermula dari susur masuk kiri dari Jalan Tun Dr Awang ke Jalan Kampung Relau sehingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Nibong menghala ke Komtar.

"Meskipun penutupan separa dilaksanakan, lorong-lorong lain akan kekal dibuka kepada trafik bagi memastikan aliran kenderaan terus berjalan," menurut kenyataan itu.

MRT Corp memaklumkan penutupan itu bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja awalan Projek LRT Laluan Mutiara Pakej CMC1, yang melibatkan pembinaan sistem perparitan serta pelebaran jalan di kawasan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda lalu lintas, arahan pengawal bendera, dan berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pengguna jalan raya.

MRT Corp turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja itu, dan sebarang pertanyaan sila hubungi MRT Careline 1 800 88 6782 atau e-mel kepada [email protected].

 
Back
Top
Log in Register