BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jalan Magazine Ditutup 21 Hari Bagi Kerja LRT Laluan Mutiara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jalan Magazine Ditutup 21 Hari Bagi Kerja LRT Laluan Mutiara​

6d1c29f59c26e561223fc5d1525a27fc6aa3cca7ce9cf


Jalan Magazine, di sini akan ditutup selama 21 hari bermula 14 Sept ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara yang melibatkan kerja pelebaran jalan dan pengalihan utiliti di kawasan berkenaan.

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu dilaksanakan 24 jam sehari bermula 10 malam pada 14 Sept hingga 5 pagi, 5 Okt.

“Penutupan itu akan melibatkan laluan paling kiri di Jalan Magazine, di hadapan Hotel St. Giles Wembley menghala ke KOMTAR. Bagaimanapun, laluan lain akan kekal dibuka kepada trafik,” menurut kenyataan itu.

MRT Corp turut memaklumkan penutupan separa laluan secara berkala bagi tempoh tiga bulan akan dilaksanakan di Jalan Sultan Azlan Shah bermula 16 Sept hingga 15 Dis, dari 8 pagi hingga 4 petang bagi kerja pembinaan LRT Laluan Mutiara yang melibatkan kerja-kerja perparitan dan pelebaran jalan di situ.

Penutupan itu melibatkan laluan paling kiri antara persimpangan lampu isyarat Kompleks Sunny Point dan padang Universiti Sains Malaysia (USM) menghala ke KOMTAR, serta laluan paling kanan di hadapan padang USM dan Kem Tentera Batu Uban bagi kedua-dua arah.

“Lorong lain akan sentiasa dibuka kepada trafik dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan itu,”menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register