Responku...
andaian tu adakah satu jaminan? boleh ke keadaan akan sentiasa sama sehingga 20 tahun? hmm zaman da berubah, dunia da maju...
of course, setiap pelaburan, klu x diusik pulangan, akan mengalami compounded return. obviously true. cume permasalahan yg timbul, duit loan tu, bayar dari duit hasil yg mana? poket sendiri ke, or duit dividend dari ASB tu?
rasanya mungkin saudara Jackhalid boleh explain dgn lebih teliti berkenaan pnjaman ASB ni.. klu buat fact and figure, lebih mudah org nak faham.. kalau sekadar penulisan camni, masih xkukuh bukti saudara.
thanks
terima kasih di atas feedback semua. saya akan jawab satu per satu sebaik mungkin.
unit trust tak stabil sebab bukan setiap tahun unit price tu akan naik memanjang. ada gak kejatuhan. kadang jatuh sampai 40% dlm masa setahun (kalau jenis ekuiti, agresif). ASB tak camtu. saya ada jugak dengar cakap2 org yang kerajaan sebenarnya boleh nak bagi 20-30% setahun pada Bumiputera. tapi kerajaan tak nak wat camtu coz nanti Bumiputera akan jadi malas & nak senang kaya jek. bukti sahih takde la. apepun, pulangan konsisten 8-10% setahun adalah sesuatu yg boleh dibanggakan.
berkenaan soalan di atas, memang betul andaian tu tak leh pakai dlm realiti. itu utk memudahkan pemahaman shj. dari segi mudahnya begini. katakan kita amik loan maksima RM200,000. bayar loan RM1500 selama 20thn (kalau maybank RM1404/bulan). total kita bayar ialah 1500*12*20=360,000. nilai dividen yg diterima akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun kerana adanya kuasa compounding. contohnya amik paling koman 7% setahun, nilai ASB 200k tu akan jadi RM780,000(200,000*1.07^20). selepas ditolak dgn bayaran pinjaman, kita untung lebih kurang RM420,000. itu 7%. kalau lebih, lagi banyak la. just let the money work for you, you don't have to work for me.
berkenaan installment RM1500 tu pula, bergantung pada kita nak pakai duit gaji@generate income dari cara lain. contohnya kita buat biz unit trust, insuran dll utk cover installment tu. kalau pakai duit gaji terasa beban. tapi pakai duit side income tak la beban sangat. ataupun, bila buat ASB loan, kita akan dpt sijil. sijil tu boleh dicagarkan ke bank yang bagi khidmat overdraf. kita akan dpt 95% daripada nilai sijil. kalo sijil 200k, kita akan dpt overdraf 190,000 cash. kita boleh guna cash tu utk generate income. contohnya meniaga kecik2 ke, wat modal MLM ke, forex, ternak ayam, keli dll. tapi harus diingat kalau kita pakai duit Overdraf, kita kena bayar 2 loan lah pulok (loan ASB & Overdraf). satu lagi cara yg boleh dibuat ialah gunakan dividen tu utk bayar loan. ni paling senang. contohnya ASB 200k, dividen 9%, dpt la RM18k. dah boleh cover duit installment tahun pertama (1500*12=18000). utk tahun2 seterusnya pun sama gak. guna duit sendiri dulu, then ganti balik dgn dividen sampai 20thn. tapi utk dptkan impak maksima, seeloknya jgnla withdraw langsung dividen tu. compound, compound dan terus compound. baru jadi banyak

paid
dari segi risiko meminjam, memang betul cakap Hamzah. ada risikonya meminjam utk melabur. tapi utk ASB risikonya lebih rendah berbanding unit trust, forex, saham dll. pernahkah ASB tak bagi dividen? tak pernah. masalah kalau amik skim pinjaman ni ialah DISIPLIN. banyak cabarannya. loan 20thn. serupa beli rumah woo...bukan semua org boleh tahan mental & fizikal membayar hutang nie. huhuhu
unit trust harga berubah2 dan kebanyakannya par value ialah RM0.25. ASB RM1.00. kalo tanye saye, alang2 nak amik unit trust, baik amik yg agresif terus. kalau balanced@bond, tak untung sangat pun. ye la, kena tolak mcm2 caj dulu kan. saya tak pernah pun menentang unit trust. unit trust is ok. but when talking about acquiring loans for investing purpose, don't use unit trust lah aa... kalo pakai cash money & long term punya plan, then unit trust might be the one that suits u. sentiasa kenal profil risiko anda sebelum melabur okeh
harap penjelasan panjang lebar di atas dpt memberi maklumat berguna kepada kita semua utk sama2 kita terus menambah ilmu. insya-Allah. kalau ada terkasar bahasa mintak maaf yer...
p/s: sorry saya tak pandai nak paste Quote. hehehe