BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini Cara Buka Akaun "ASB" Guna Telefon Pintar Sahaja

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
1632735504306.png


Walaupun kita masih berada dalam situasi pandemik COVID-19, salah satu impak positif yang dapat dilihat adalah dunia digital semakin pesat membangun. Banyak urusan yang sebelum ini agak menyusahkan kerana perlu menghabiskan masa menunggu di kaunter, kini tidak lagi. Tahukah anda bahawa pembukaan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) boleh dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

photo_2021-09-27-17.20.17.jpeg


Secara asasnya, ASB merupakan pelaburan yang boleh menjana pulangan atau faedah serta cara mudah dan selamat untuk menyimpan duit dalam jangka masa panjang. Harga seunit dana ASB juga adalah sebanyak RM1.00. Oleh yang demikian, bagi anda yang masih belum mempunyai akaun ASB, ini adalah cara membuka akaun tersebut dengan mudah.

Sebelum mula, pastikan anda mempunyai MyKad, maklumat peribadi dan maklumat akaun bank. Pertama sekali, muat turun aplikasi myASNB di - App Store, Play Store atau App Gallery. Kemudian, tekan daftar. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan juga nombor telefon.

photo_2021-09-27-17.05.31.jpeg


Seterusnya, masukkan nombor kata laluan sekali guna (OTP) yang dihantar kepada anda.

photo_2021-09-27-17.05.34.jpeg


Selepas itu, lengkapkan butiran peribadi anda termasuk maklumat nombor akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun bank adalah sama dengan pengenalan diri.

photo_2021-09-27-17.05.36.jpeg


Kemudian, lengkapkan dokumen pengistiharan diri dan malumat pekerjaan (bagi tujuan jaringan produk yang sesuai untuk anda).

photo_2021-09-27-17.05.37.jpeg


photo_2021-09-27-17.05.39.jpeg


Seterusnya, pengesahan identiti perlu dibuat dengan mengambil gambar MyKad dan rakam video swafoto.

photo_2021-09-27-17.05.41.jpeg


photo_2021-09-27-17.05.42.jpeg


Setelas pengesahan identiti diluluskan, isi maklumat log masuk seperti nama pengguna, frasa keselamatan dan kata laluan.

photo_2021-09-27-17.05.44.jpeg


photo_2021-09-27-17.05.45.jpeg


Akhir sekali, mulakan pelaburan baharu pertama anda dengan RM10.

photo_2021-09-27-17.05.47.jpeg


Sekiranya anda menghadapi masalah, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB - 03-77308899 (8 pagi-10 malam) atau emel ke
[email protected]


Nota: Jika semasa pendaftaran anda menghadapi 'error'. Mungkin disebabkan jumlah pengguna mendaftar yang ramai. Sila suba lagi, sekian
 
Back
Top
Log in Register