Penolong pengurus Liverpool kelahiran Belanda, Pepijn Lijnders menolak spekulasi menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool suatu hari nanti. Kedua-duanya telah melanjutkan kontrak mereka di Anfield sehingga 2024, disamping itu Lagenda Liverpool (1998–2015 ) Steven Gerrard yang kini pengurus kelab Rangers (Kelab Liga Perdana Scottish), dianggap sebagai pengganti berpotensi untuk menjadi pengurus Liverpool sekiranya Klopp akhirnya meninggalkan Anfield.
"Perkara ini membuatkan saya rasa teruja tetapi ianya tidak realistik kerana tidak penting pada masa ini. Cita-cita saya hanya untuk menyokong Jurgen dan menjalankan projek kami dengan cara terbaik. Michael Gordon (Presiden Kelab Liverpool) dan Jurgen Klopp adalah orang yang paling penting dalam kerjaya saya. Mereka memberi saya peluang dan kepercayaan ketika mengemudi proses latihan, teknik, corak dan rentak bersama skuad utama Senior Liverpool. Inilah kehidupan saya, saya sangat gembira bersama Liverpool dan saya sangat gembira bekerja bersama rakan-rakan yang lain sama ada didalam atau pun di luar kelab ini."
Liverpool sekali lagi mendapat 3 mata penuh dan kali ini mempunyai kelebihan 16 mata selepas Leicester City tewas di tempat sendiri menentang Southampton 1-2. Gol tunggal Roberto Firmino sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Liverpool dan Tottenham hotspurs mensia siakan banyak peluang di minit-minit akhir. Jordan Henderson melakukan 2 kesilapan pada masa pertama tetapi bangkit dengan membantu gol Firmino dengan memberikan bola kepada Mohamed Salah dan memberikan assist untuk gol Liverpool.
Pada permulaan perlawanan, Spurs melakukan serangan pada awal masa pertama tetapi Liverpool mengambil kesempatan dengan serangan balas. Roberto Firmino hampir menjaringkan gol tetapi Spurs menyekat sepakan tersebut. Bola pantulan itu di sambut Alex Oxlade-Chamberlain tetapi sepakannya terkena tiang. Pada minit ke 7, Son Heung-min(Spurs) mengambil kesempatan ke atas kelekaan Jordan Henderson, pemain Korea itu membawa bola dan melakukan sepakan luar kotak penalti tetapi tersasar jauh. Jordan Henderson sekali lagi melakukan kesilapan pada minit 20, dan Alisson Becker dengan tenang menangkap bola Deli Alli(Spurs). Kemudian Virgil Van Dijk melakukan tandukkan tepat tetapi berjaya diselamatkan oleh Paulo Gazzaniga(Spurs) dan beberapa minit selepas itu, Joe Gomez mendapat kad kuning kerana mengasari Son Heung-min(Spurs) ketika melakukan serangan balas. Tekanan demi tekanan Liverpool berikan kepada Spurs sehingga minit 36, Roberto Firmino menjaringkan gol melalui kaki kiri daripada kerjasama Jordan Henderson dan Mohamed Salah.
Di separuh masa kedua, Lucas Moura(Spurs) gagal dihalang Jordan Henderson dan berlari terus ke kotak penalti untuk melakukan sepakan, tetapi tersasar jauh. Joe Gomez melakukan kesilapan pada minit 56, dan Virgil Van Dijk dengan baik melakukan bentesan sempurna di petak penalti terhadap Dele Alli(Spurs). Minit 60, Adam Lallana dimasukkan menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain. Kali ini Georginio Wijnaldum melakukan kesilapan yang memberikan peluang kepada Spurs untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi Son Heung-min(Spurs) mensia-siakan peluang itu dengan sepakan tersasar jauh sekali lagi. Liverpool cuba melengahkan masa dan mendapat kecaman daripada peminat Tottenham hotspurs. Sadio Mane dikeluarkan pada minit 80 digantikan Divock Origi. Spurs sekali lagi terlepas peluang keemasan apabila Andrew Robertson memberi banyak ruang kepada Serge Aurier(Spurs) melakukan hantaran silang tetapi Giovani Lo Celso(Spurs) gagal menyempurnakan sepakan dengan baik yang membuatkan Jose Mourinho(Pengurus Spurs) sentap dan terduduk . Liverpool bertahan sehingga tamat masa dan pengadil perlawanan meniup wisel penamat pada 90+4. Perlawanan tamat dengan keputusan Tottenham 0-1 Liverpool.
Liverpool terus memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 di Tottenham Hotspur awal pagi tadi, tetapi Jurgen Klopp menganggap ianya hanya tiga mata untuk misi memenangi gelaran liga sejak 1990. Gol Roberto Firmino telah membantu Liverpool untuk kemenangan ke-20 dalam 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan melebarkan rekod tanpa kalah mereka dengan 38 perlawanan.
"Kelebihan mata kami tidak penting, di saat kami mempunyai banyak mata sehingga tiada siapa yang dapat mengejar kita lagi, waktu itulah saya akan gembira. Ia tidak terasa istimewa. Kami tahu mengenai rekod baru dan ianya istimewa tetapi saya tidak merasakannya. Selagi tidak mengenggam trofi Liga Perdana Inggeris, selagi itulah perlu berjuang. Ini hanya permulaan, Kami perlu teruskan kerana pesaing kita begitu kuat terutama sekali Pep Guardiola (manager Manchester City) tidak akan berputus asa. Saya akan melakukan perkara yang sama. Setakat ini, ia sangat baik. Hari ini bukan permainan terbaik kami tetapi ia dikira baik. Pada akhirnya ia adalah perjuangan yang baik. "
Liverpool pernah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak 18kali. Kali terakhir Liverpool memenangi kejuaraan pada musim 1989/1990. Dulu di Kenali sebagai Liga Inggeris divisyen satu (EnglishFootball League First Division 1892–1992), di jenamakan nama baru, Liga Perdana Inggeris (English Premier League 1992–Kini). Dengan 21 perlawanan, Liverpool berada 14 mata di depan Manchester City dengan satu perlawanan dalam tangan. Sekiranya tidak ada perubahan mendadak, sukar untuk menghalang Liverpool daripada memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2019/2020 musim ini.
Alisson Becker percaya pengalaman skuad sekarang telah membantu Liverpool kelihatan lebih teratur dan berdisiplin musim ini. Sekiranya dapat dikekalkan sehingga akhir musim, Liverpool dapat merealisasikan impian penantian selama 30 tahun untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Perdana Inggeris.
"Ia penting untuk mengekalkan tahap seperti ini dalam banyak perlawanan. Skuad kami sangat kuat dalam kualiti dan kuantiti jadi, ada pemain yang cedera dan pemain lain ganti, tahap permainan pasukan tetap tidak akan berubah. Saya fikir perbezaan dari musim lalu, yang sebenarnya juga musim yang berjaya, cuma sekarang ianya lebih stabil. Teratur dan berdisplin, serta memperkuatkan mental menghadapi tekanan. Kami sentiasa memikirkan permainan seterusnya, kami tidak melihat saingan jauh ke depan, hanya memberikan tumpuan sepenuhnya dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Kami berada dalam satu pasukan yang telah bersama-sama dari musim sebelum ini, dan untuk jangka masa yang panjang serta menjadikan lebih baik lagi di setiap musim dan paling penting meningkatkan lagi lebih stabil sistematik di dalam perlawanan satu peringkat ke peringkat seterusnya dalam setiap musim."