Liverpool Liverpool Kopites

CG Sponsors




imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45






Liverpool Vs Manchester United Highlights & Goals



Keputusan Penuh Perlawanan



Kedudukan Terkini Liverpool



Penjaring Gol Terbanyak Terkini



Jadual Perlawanan Liverpool (Waktu M'sia)


 
Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45


Perlawanan pada pagi tadi, menampilkan dua wajah berbeza di antara Liverpool dan Man Utd. Liverpool memiliki kelebihan di halaman sendiri dan terus melebarkan mata antara Man City. Man Utd pula tidak mahu pulang dengan tangan kosong di dalam Derby terhebat ini dan ingin mencalarkan rekod bersih Liverpool di Anfield.

Vigil Van Dijk menjaringkan gol pembukaan pada minit 14 hasil hantaran sudut daripada Trent Alexander Arnold yang mudah menewaskan David de Gea (Man Utd). Liverpool mempunyai banyak peluang namun tiada satu pun percubaan membuahkan hasil. Kedua-kedua pasukan saling mengasak antara satu sama lain. Mohamed Salah akhirnya membuktikan beliau akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit 90+3 hasil daripada bantuan sepakan jauh Alisson Becker. Kesilapan David De Gea (Man Utd) dan pihak pertahanan Man Utd membuka ruang kepada Mohamed Salah untuk membuat larian cantik dan menjaringkan gol penting untuk Liverpool.
 

apiez_85

Active+ Member
Joined
Dec 4, 2008
Messages
4,964
Reaction score
103
Points
43
kalau tak menang EPL lagi tahun ni tak tau la nak cakap apa :D
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45


Virgil van Dijk berkata memori kegagalan menjuarai Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City musim lalu menjadi pemangkin Liverpool selepas dia membantu pasukan menyumbang 1 gol seterusnya meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester United di Anfield. Kopites di Anfield menyanyikan "kami akan memenangi liga" selepas wisel penamat ditiupkan tetapi Van Dijk menegaskan fokus pasukan kini terarah kepada perlawanan berdepan Wolves (Wolverhampton Wanderers) Khamis ini (Jumaat pagi waktu M'sia).

"Semua orang mahu kami mengatakan sesuatu tetapi kami enggan terbawa-bawa dengan kemenangan ini. Saya masih lagi merasai pengalaman tahun lalu sesuatu yang perlu diperkuatkan lagi mentaliti pasukan. Kami hanya mahu fokus kepada perlawanan seterusnya, kekal cergas dan memperbaiki lagi mutu permainan. Kami akan berdepan Wolves selepas ini, semua orang menyedari kemampuan yang dimiliki mereka. Kami akan berusaha membuat persiapan sebaik yang baik."
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45


Joe Gomez:

"Kami tahu betapa pentingnya setiap perlawanan dan secara peribadi sebagai satu pasukan, saya fikir kami hanya memberi tumpuan pada perlawanan seterusnya. Tiada pemain lupa diri atau berfikir lebih jauh daripada perlawanan seterusnya dan itulah yang paling penting mengenai pasukan ini. Kami mempunyai watak yang kuat di dalam bilik persalinan dan jurulatih untuk meneruskan prinsip ini. Kami tidak melihat kedudukan, Kami hanya memberi tumpuan kepada permainan seterusnya dan kami terus berazam mendapat tiga mata di hadapan kami sepanjang masa. Kami tidak memikirkan jumlah mata dan juga perkara yang lain. Kami berada di kedudukan ini dan ianya adalah tumpuan kami dan kami hanya mahu menyelesaikannya dengan segera."
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45


James Milner, Xherdan Shaqiri dan Naby Keita masih berehat selepas pulih kecederaan

Jurgen Klopp mengesahkan tiga pemain tengah Liverpool masih tiada di dalam barisan menentang Wolverhampton Wanderers pada pagi Khamis ini (awal pagi Jumaat Waktu M'sia). Namun begitu, Klopp berkata mereka bertiga akan kembali berlatih bersama pasukan tidak lama lagi.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register