Liverpool Liverpool Kopites

CG Sponsors

Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45

Shrewsbury Town Vs Liverpool Highlights & Goals

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,847
Reaction score
8,257
Points
716
thorbaik ar gol liverpool yg ke-2 tu....:ROFLMAO::(paid
 
imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45

Shrewsbury Town kelab dari Liga 1 Inggeris (English League One) hampir sahaja menyingkirkan Liverpool pada pusingan ke 4 Piala FA. Shrewsbury Town ketinggalan awal di tangan Liverpool selepas Curtis Jones dengan kemas menerima bola di dalam kotak penalti dan merembat masuk melepasi penjaga gol pada minit ke 15. Setelah itu, Liverpool bergelut mencipta lebih banyak peluang gol malah, mereka beberapa kali diserang balas oleh Shrewsbury Town. Liverpool berterima kasih kepada Adrian yang banyak membantu menyelamat percubaan gol pasukan lawan.

Pada separuh masa kedua, baru sahaja sepak mula perlawanan dimulakan, Donald Love (Shrewsbury Town) tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke 46. Liverpool kemudiannya agak sambil lewa. Pasukan lawan mereka banyak meningkatkan lagi serangan. Pemain gantian Jason Cummings (Shrewsbury Town) menjadi mimpi ngeri Liverpool. Beliau masuk dan menjaringkan 2 gol untuk pasukannya.

Gol pertama adalah menerusi penalti minit ke 65. Manakala gol kedua adalah hasil usaha beliau memperdaya Dejan Lovren dan kemudiannya menewaskan Adrian minit ke 75. Klopp memasukkan Oxlade Chamberlain, Mohamed Salah dan Roberto Firmino. Namun masih gagal untuk mengubah nasib Liverpool. Perlawanan berkesudahan seri dua sama. Tamat perlawanan, penyokong Shrewsbury Town masuk ke dalam padang untuk meraikan kemenangan pasukan mereka dan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan para pemain Liverpool.

Perlawanan ulangan akan dibawa ke Anfield selepas ini. Bukan perlawanan ulangan yang diinginkan Jurgen Klopp kerana mereka selepas ini menempuh jadual perlawanan yang sangat padat.
 
ramos

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
6,940
Reaction score
219
Points
73
yg abg2 senior ni mcm dah bertahun x main nmpk gaya :ROFLMAO:
 
imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45

Jurgen Klopp :

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shrewsbury Town, ianya satu keputusan yang di luar jangkaan. Mengapa pasukan lawan mendapat peluang? Kerana kami kehilangan bola dalam situasi yang tidak sepatutnya. Kami bermain dengan hantaran yang sukar untuk dikawal. Kami tidak menggunakan 100% ruang di atas padang dan membenarkan mereka menguasai bola. Pada mulanya kami menjaringkan gol pendahuluan, di mana ianya gol yang menarik. Kemudian kami mendapat hadiah gol kedua. Namun ianya tidak seharusnya memberikan kami satu kedudukan yang selesa. Mereka berjaya merapatkan kedudukan setelah kami kehilangan bola dan melancarkan serangan balas. Manakala gol kedua terhasil daripada dua kesilapan dan mereka menjaringkan gol yang menarik. Itu sahaja. Ianya bukan perlawanan yang baik untuk kami."
 
imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45

Perlawanan timbal balik Piala Fa Inggeris pusingan ke 4 akan berlangsung di Anfield pada 5 Februari bagi menentukan siapa yang layak ke pusingan ke-5 Piala FA. Jurgen Klopp mengesahkan, dia tidak akan berada di tepi padang untuk perlawanan itu nanti malah semua pemain skuad utama juga tidak akan bermain kerana Liga Perdana Inggeris telah memperkenalkan rehat musim sejuk selama 2 minggu dari 2 hingga 15 Februari. Pengurus Liverpool bawah 23 tahun (U23), Neil Critchley dan pemain-pemain akademi/senior Liverpool akan membawa cabaran Liverpool di Anfield nanti.

Pst: Piala Fa Inggeris timbal balik pusingan ke 4 akan berlangsung di Anfield pada 5 Februari hari Rabu jam 3.45 pagi...
 
imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45

Xherdan Shaqiri hanya melakukan 10 penampilan bersama skuad Liverpool pada musim ini, dengan tiga kali diturunkan dalam kesebelasan utama dan hanya sekali melengkapkan 90 minit permainan. Kali terakhir Xherdan Shaqiri bermain ketika diturunkan dalam lewat perlawanan menentang Tottenham Hotspur beliau disisihkan dalam perlawanan menentang Manchester United dan Wolverhampton Wanderers kerana mengalami kecederaan. Kecederaan itu memaksa beliau juga tersisih untuk perlawanan Pila Fa Inggeris (FA Cup) menentang Shrewsbury Town dan Jurgen Klopp mengakui sangat kecewa dengan rekod kecederaan yang dialami Xherdan Shaqiri.

Jurgen Klopp :

"Keadaan Xherdan Shaqiri tidak cukup baik mungkin atas sebab tertentu. Dia pemain yang istimewa di posisi tertentu. Fizikalnya berbeza daripada pemain lain dan mempunyai otot yang tegap. Selalunya dia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Saya dapat membayangkan dia sangat kecewa begitu juga kami di sini. Kami berusaha mencari jalan penyelesaian dancuba elakkan perkara ini tidak berulang lagi, namun setakat ini belum ada jalan penyelesaian."
 
imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,906
Reaction score
34
Points
45

Sadio Mane Akan Terlepas Beberapa Perlawanan

Sadio Mane akan terlepas dua perlawanan Liverpool sebelum cuti musim sejuk beliau akan kembali selepas dua minggu. Sadio Mane kini telah menjaringkan 11 gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini telah mengalami kecederaan otot, beliau telah di keluarkan minit ke 33 ketika menentang Wolverhampton Wanderers tempoh hari. Liverpool berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-2 . Jurgen Klopp melaporkan kecederaan Sadio Mane dan mengesahkan dia akan terlepas perlawanan menentang West Ham United dan Southampton.

"Dia tidak akan terlibat perlawanan West Ham United dan mungkin juga tidak dapat diturunkan menentang Southampton. Tetapi selepas itu, mungkin dia beransur pulih. Minggu selepas itu, kemungkinan beliau akan lebih baik untuk kembali ke padang. Dia mengalami sakit otot dan menghalangnya beraksi tetapi kami bernasib baik kerana kecederaan itu tidak begitu serius. Sudah tentu akan berlaku kecederaan apabila kerap bermain tiga perlawanan dalam satu minggu. Dia terpaksa direhatkan kerana ini."

Pst: Liverpool akan bertandang ke London menentang West Ham United pada jam 3.45 awal pagi esok waktu M'sia..
 
moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
9,095
Reaction score
887
Points
111

Kena ambik Timo Werner la. Divock Origi tu tak konsisten. Divock hanyalah jelmaan Luis Garcia. Kejap power, kejap down.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register