imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
Liverpool akan bertandang di Molineux, stadium Wolves (Wolverhampton Wanderers) dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada jam 4 pagi ini Waktu M'sia. Jurgen Klopp mengatakan Wolves adalah pasukan yang dipenuhi dengan ramai bakat pemain.
"Wolves, bukan tahun ini sahaja tetapi tahun lepas juga sama,pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Mereka beraksi dengan sistem yang lebih kurang sama dengan pasukan lain iaitu, sama ada meletakkan tiga atau lima orang pertahanan tengah. Bagaimanapun mereka melakukan dengan cara yang berbeza. Bekas pemain akademi dan Senior Liverpool (2005-2014) dan kini menjadi Ketua pasukan (kapten) Wolves iaitu Conor Coady memiliki posisi dan peranan yang berbeza walaupun beliau hanya seorang pertahanan. Mereka membuat padang kelihatan besar memaksa pemain melakukan banyak larian."
