imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
Herbie Kane sertai Hull City Secara Pinjaman
Pemain akademi/senior Liverpool Herbie Kane menyertai kelab Liga Kejuaraan Inggeris Hull City secara pinjaman sehingga akhir musim ini. Hull City
sedang berusaha untuk naik ke Liga Perdana Inggeris. Kini Hull City menduduki tangga kesembilan Liga Kejuaraan Inggeris. Herbie Kane melakukan penampilan ke2 senior bersama Liverpool dalam aksi Piala Liga Inggeris (English League Cup) 2019/2020, dengan penampilan pertama bangku simpanan pada perlawanan menentang MK Dons.
Sebelum ini Kane pernah dipinjamkan ke Doncaster Rovers kelab liga 1 Inggeris (English Football League One) dengan melakukan 49 penampilan dan menjaringkan 7 gol ketika bersama Doncaster musim lepas. Pengurus Hull City, Grant McCann merupakan pengurus Doncaster musim lepas.
Kedudukan Terkini Liga Kejuaraan Inggeris (English Football League Championship) 2019/2020
Pst: Sedikit Info mengenai Herbie Kane
- Berasal dari Bristol England.. Lahir 23 November 1998 (21 tahun).
- Bermula bermain bolasepak di Akademi Bristol City seterusnya bersama akademi Liverpool berumur 15 tahun pada tahun 2013.
- Beliau bermain di posisi pertahanan sayap tengah (defensive midfielder). Di Kalangan Kopites di Liverpool menggelarkan beliau sebagai pemain
cergas/bersemangat di tengah taman. (lively player in the middle of the park)
- Pada Julai 2018 beliau di calonkan Anugerah Emas pemain muda 2018 ( 2018 Golden Boy Award) bersama Trent Alexander-Arnold and Ben
Woodburn dikalangan 100 pemain muda terbaik dunia. Anugerah tersebut dimenangi oleh Matthijs de Ligt pemain pertahanan tengah (centre back)
Belanda yang kini bersama Juventus (kelab liga utama Itali)
- Beliau Dipinjamkan ke Doncaster Rovers (kelab liga 1 Inggeris) 11 Ogos 2018 sehingga habis musim. Beliau berjaya menjaringkan 4 gol menerusi 38
penampilan disana.
- Pendapatan beliau £61ribu pound setahun bersamaan £1ribu pound 362.93 seminggu dan nilai pasaran semasa beliau sekarang £1juta pound 874ribu
293.80.
- Pada 3 Januari 2020... beliau di pinjamkan ke Hull City (kelab Liga Kejuaraan Inggeris) sehingga habis musim.
Last edited:
