BTC USD 82,728.7 Gold USD 4,089.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Liverpool Kopites

screenshot-001.jpg


Herbie Kane sertai Hull City Secara Pinjaman

Pemain akademi/senior Liverpool Herbie Kane menyertai kelab Liga Kejuaraan Inggeris Hull City secara pinjaman sehingga akhir musim ini. Hull City
sedang berusaha untuk naik ke Liga Perdana Inggeris. Kini Hull City menduduki tangga kesembilan Liga Kejuaraan Inggeris. Herbie Kane melakukan penampilan ke2 senior bersama Liverpool dalam aksi Piala Liga Inggeris (English League Cup) 2019/2020, dengan penampilan pertama bangku simpanan pada perlawanan menentang MK Dons.

Sebelum ini Kane pernah dipinjamkan ke Doncaster Rovers kelab liga 1 Inggeris (English Football League One) dengan melakukan 49 penampilan dan menjaringkan 7 gol ketika bersama Doncaster musim lepas. Pengurus Hull City, Grant McCann merupakan pengurus Doncaster musim lepas.

Kedudukan Terkini Liga Kejuaraan Inggeris (English Football League Championship) 2019/2020

screenshot-003.jpg


Pst: Sedikit Info mengenai Herbie Kane ;)

screenshot-002.jpg


- Berasal dari Bristol England.. Lahir 23 November 1998 (21 tahun).

- Bermula bermain bolasepak di Akademi Bristol City seterusnya bersama akademi Liverpool berumur 15 tahun pada tahun 2013.
- Beliau bermain di posisi pertahanan sayap tengah (defensive midfielder). Di Kalangan Kopites di Liverpool menggelarkan beliau sebagai pemain
cergas/bersemangat di tengah taman. (lively player in the middle of the park)
- Pada Julai 2018 beliau di calonkan Anugerah Emas pemain muda 2018 ( 2018 Golden Boy Award) bersama Trent Alexander-Arnold and Ben
Woodburn dikalangan 100 pemain muda terbaik dunia. Anugerah tersebut dimenangi oleh Matthijs de Ligt pemain pertahanan tengah (centre back)
Belanda yang kini bersama Juventus (kelab liga utama Itali)
- Beliau Dipinjamkan ke Doncaster Rovers (kelab liga 1 Inggeris) 11 Ogos 2018 sehingga habis musim. Beliau berjaya menjaringkan 4 gol menerusi 38
penampilan disana.
- Pendapatan beliau £61ribu pound setahun bersamaan £1ribu pound 362.93 seminggu dan nilai pasaran semasa beliau sekarang £1juta pound 874ribu
293.80.

- Pada 3 Januari 2020... beliau di pinjamkan ke Hull City (kelab Liga Kejuaraan Inggeris) sehingga habis musim.
 
Last edited:
screenshot-001.jpg


screenshot-002.jpg


screenshot-003.jpg


Liverpool Vs Everton Highlights & Goals


​
 
Last edited:
screenshot-001.jpg


Pemain akademi/senior Liverpool Curtis Jones menjaringkan satu-satunya gol perlawanan memberikan kemenangan Liverpool di pusingan ke 3 Piala FA Inggeris 2019/2020. Jurgen Klopp meraih kemenangan walaupun menggunakan pemain akademi/senior dan bukan skuad senior utama Liverpool, manakala Carlo Ancelotti Carlo Ancelotti(pengurus Everton) menggunakan skuad senior utama Everton.

Takumi Minamino melakukan penampilan pertama hari ini tetapi beliau masih mencari rentak taktikal Klopp. Perlawanan bermula dengan beberapa percubaan dari pihak lawan tetapi Adrian menjadi penyelamat pada masa pertama. Adrian menyelamatkan bola pada minit ke 4 selepas James Milner menghalang Theo Walcott(Everton) yang menyebabkan dia cedera dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke 8 di gantikan Yasser Larouci. Lallana mengambil alih tugas kapten dan beberapa mint selepas itu Adrian menyelamatkan serangan berbahaya Everton. Richalison(Everton) melakukan sepakan tepat pada minit 26 dan sekali lagi Adrian menjadi penyelamat gawang gol. Minit 41, Liverpool mendapat sepakan ke arah gol pertama daripada Divock Origi di petak penalti tetapi Jordan Pickford(Everton) dengan cepat menempis bolanya.

Di masa kedua, Neco Williams menendang padu di luar petak penalti dan Jordan Pickford(Everton) dengan baik menangkap. Liverpool sukar melepasi pertahanan kebal Everton dan Minamino dikeluarkan pada minit 70 digantikan Alex-Oxlade Chamberlain. Kemudian secara tiba-tiba Curtis Jones melakukan tendangan luar kotak penalti dan seterusnya mengalahkan JordanPickford(Everton) menjadikan 1-0 untuk Liverpool pada minit ke 72. Liverpool cuba bertahan sehingga tamat masa, pengadil meniup wisel penamat pada minit 90+3 dan Liverpool menang 1-0 ke atas Everton.
 
Last edited:
aku rasa kene bagi peluang dekat chivilera main posisi fabinho.
macam ok je aku tgk dia main
 
screenshot-000.jpg


Trent Alexander-Arnold berazam membantu Liverpool sebagai mesin gol dan merangkul lebih banyak trofi. Trent Alexander-Arnold juga berjaya mencipta rekod merangkul trofi UEFA Liga Juara² 2018/2019 , Piala Super UEFA 2019 dan FIFA Piala Kelab Dunia 2019.
Kini, Liga Perdana Inggeris adalah kejuaraan utama Liverpool untuk dimenangi.

"Jika kami mampu menampilkan persembahan cemerlang separuh daripada Liga Perdana Inggeris musim ini, kenapa tidak untuk baki seterusnya?. Bulan mei tahun ini adalah penentuan segalanya. Kami gembira saat gemilang memenangi UEFA Liga Juara² musim lepas. Kami berusaha keras pada musim lepas dan berjaya membuahkan hasil. Meskipun musim ini sekali lagi kami menghadapi cabaran sukar di peringkat kumpulan. Ia sesekali tidak mematahkan semangat kami dan sudah bersedia untuk perlawanan seterusnya.
"
 
pjimage12.jpg


Liverpool menduduki tempat ke3 kelab bolasepak di dunia meraih pendapatan lumayan melalui penaja jenama sukan.

screenshot-000.jpg


Pst: Nike menjadi penaja jenama Liverpool bermula 20 Julai 2020 (musim depan 2020/2021)
 
screenshot-000.jpg


Andrew Robertson merupakan pemain Hull City sebelum berhijrah ke Liverpool dengan nilai perpindahan £8juta pada 21 Julai 2017. Penampilan beliau selaku bek kiri Liverpool berjaya menambat hati Klopp sejak berhijrah ke Liverpool. Robertson mempunyai keupayaan untuk merencana hantaran lintang ke jentera serangan dengan tepat.

"Saya tahu sebagai pemain pertahanan tidak sewenangnya naik ke atas melakukan serangan tapi itu yang saya lakukan. Bagi saya, Firmino dan Mo Salah memudahkan saya untuk menghantar bola kerana mereka tahu posisi dan jarak saya apabila memberikan hantaran bola."
 
screenshot-000.jpg


Lagenda Liverpool (2008–2016 ) Martin Skrtel, yang kini bermain di Istanbul Basaksehir (kelab di Liga Utama Turki) memberi sedikit pandangan mengenai skuad Liverpool sekarang.

"Liverpool kini memiliki pengurus yang hebat dan juga memiliki pemain terbaik di setiap posisi seperti Mo Salah, Sadio Mane dan Virgil Van Dijk. Pemain seperti ini memberi segala-galanya untuk berjuang bersama Liverpool. Jurgen Klopp pengurus yang sangat istimewa dan dia adalah pakar menaikkan semangat dan juga banyak memberi kata nasihat kepada pemain. Komitmen Klopp 100% sangat jelas kepada para pemain dan juga kelab. Itulah kunci utama mengapa para pemain sanggup berjuang untuk Klopp."
 
Back
Top
Log in Register