BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di JB

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
2363aee3561731643317615e1b6dac676819a6562ad46


Polis menahan lima lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di kawasan Southkey di sini pada 14 Mac lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata mangsa warga asing berusia 32 tahun itu diserang dengan senjata tajam dalam kejadian kira-kira 5 pagi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail akibat tikaman di leher.

Beliau berkata beberapa suspek yang dipercayai terlibat dikesan cuba melarikan diri termasuk ke Singapura selepas melakukan perbuatan jenayah itu.

“Seorang daripada suspek berjaya ditahan pasukan Bahagian D9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan ketika cuba melepasi pemeriksaan imigresen ke Singapura pada 12.15 tengah malam, 18 Mac.

"Pada 19 Mac kira-kira 6 petang pula, empat lagi suspek berjaya ditahan dengan bantuan pihak polis Singapura," katanya dalam kenyataan.

Ab Rahaman berkata ujian urin mendapati kesemua suspek negatif dadah serta tiada rekod jenayah lampau.

Beliau berkata suspek pertama direman tujuh hari bermula 18 Mac, sementara empat lagi turut direman dalam tempoh sama mulai 20 Mac.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Seorang Lagi Suspek Kes Bunuh Southkey Ditahan Di Singapura​

59db0d8907f358c3912873a1c1346ea569c3a47b1e76a

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan di kawasan Southkey di sini, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini enam individu.

Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Hoo Chuan Huat berkata suspek terbaru itu seorang lelaki warga asing berusia 30 tahun, ditahan pagi tadi di Singapura hasil kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa republik berkenaan.

“Permohonan reman terhadap suspek tersebut akan dibuat esok,” katanya pada sidang media Majlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di IPK Johor di sini.

Beliau berkata sebelum ini lima individu telah ditahan, terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan.

Suspek pertama yang tamat tempoh reman telah disambung hingga 31 Mac, manakala empat lagi suspek tamat reman esok dan permohonan lanjutan akan dibuat.

Hoo berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan dan polis akan memaklumkan perkembangan lanjut selepas siasatan selesai.

Terdahulu, media melaporkan penahanan lima suspek berusia lingkungan 24 hingga 33 tahun yang dipercayai melarikan diri ke Singapura selepas diburu pihak polis berhubung kes pembunuhan berkenaan.

Suspek pertama ditahan pada 12.15 tengah malam 18 Mac lepas ketika cuba melepasi pemeriksaan imigresen ke republik berkenaan.

Susulan tangkapan itu, pada 6 petang keesokan harinya, empat lagi suspek berjaya ditahan dengan bantuan Polis Singapura selepas mereka dipercayai melarikan diri ke republik berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register