BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN Serbu Rumah Hamzah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
15.06.2023 - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan telah membuat serbuan ke rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur. Ketika dihubungi, sumber yang dekat dengan kepimpinan Bersatu mengesahkan serbuan itu. Ya, ia (serbuan) dibuat semalam," kata sumber kepada Malaysiakini. Terdahulu, laporan The Star dan Free Malaysia Today memetik sumber sebagai mendakwa LHDN mengadakan serbuan di rumah Hamzah. Namun The Star melaporkan serbuan diadakan pada pagi semalam, manakala laporan Free Malaysia Today menyatakan ia dibuat malam semalam.

Menurut laporan The Star, serbuan dibuat ekoran "dakwaan cukai pendapatan yang tak dilaporkan". Akhbar itu memetik sumber sebagai mendakwa yang Hamzah berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan aset telah dirampas. Sumber yang dekat dengan Hamzah dipetik berkata ia merupakan "tindakan bermotifkan politik oleh pihak berkuasa" memandangkan pemimpin Bersatu itu sentiasa merekodkan cukainya.

“LHDN tidak menyatakan secara terperinci sebab serbuan sama ada berkaitan cukai melibatkan syarikat atau projek tertentu atau tidak. Hamzah masih menunggu dokumen dari LHDN," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Bersatu dan pemimpin Bersatu untuk mendapatkan pengesahan dan komen berhubung perkara ini.​

9d42489615d7121fc9d2d9505b44e5c8.jpg
 
Najib kena aniaya ya................ Duit ratus2 juta kat rumah dia tu.... Org saje letak kat situ ya................. Kes rasuah yg beberapa kali rayuan tu pun hakim aniaya dia ya...... 🤣🤣🤣🤣🤣
kan dah serah balik kepada parti umno.. u tak tahu cerita ke??
 
pergh. abahdin kena cantas. ni pengganti dia plak.

tapi kalau dah betul ikut prosedur & ada asas, well done agensi kerajaan buat kerja.

bila buat kerja, motif politik/dengki. bila x buat kerja, makan gaji buta/kayu/tunggu org mati baru nak bertindak. kikiki...
 
Back
Top
Log in Register