BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN Serbu Rumah Hamzah

LHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset​

Jun 16, 2023 @ 11:04am

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR: Kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa diserbu pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kelmarin.

Sumber berkata, Ahli Parlimen Larut itu difahamkan berada di rumahnya di Damansara, Kuala Lumpur, ketika serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, serbuan berkenaan dilakukan susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan, penguat kuasa LHDN turut merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun.

Sementara itu, sumber LHDN ketika dihubungi berkata, pihaknya kini tidak boleh mendedahkan apa juga maklumat terhadap kes yang membabitkan cukai.

"Kami tidak boleh mendedahkan apa juga maklumat ketika ini," katanya ringkas kepada BH, ketika dihubungi hari ini.

Bulan lalu, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau menyatakan, keterangan berkenaan dilakukan susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di mahkamah.

Hamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).
 
Bukan kalau cukai tak lapor, lhdn ada anggarkan berapa tahun, kemudian hantar kan saman berapa yg kena bayor.............. Tak pernah aku dengar tak bayar cukai rampas semua fail

Dan auditor akan lengkap kan akaun dan submit sekali lagi................ Kalau ada resit yg meragukan auditor akan submit resit yg betul............

Apa nak jadi malaysia sekarang ni......... Semua jabatan dah disalahgunakan..... Semakin teruk dah ni
 
LHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset
Apa perlu rampas an dokumen pemilikan aset.............. Kalau betul2 aset tu tak declare sumber pendapatannya, sprm boleh bekukan aset under amla......... Pengubahwang haram............ Bukan guna lhdn macam ni.........
 
Bukan kalau cukai tak lapor, lhdn ada anggarkan berapa tahun, kemudian hantar kan saman berapa yg kena bayor.............. Tak pernah aku dengar tak bayar cukai rampas semua fail

Dan auditor akan lengkap kan akaun dan submit sekali lagi................ Kalau ada resit yg meragukan auditor akan submit resit yg betul............

Apa nak jadi malaysia sekarang ni......... Semua jabatan dah disalahgunakan..... Semakin teruk dah ni

suspek kot.. klu minta baik2.. kang dia kasi slip gaji MP jer... hahahahah
 
Itu Urusan LHDN, Saya Tak Di Maklumkan - Anwar

16.06.2023 - Isu penggeledahan ke atas rumah Setiausaha Bersatu, Hamzah Zainudin, Selasa lalu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adalah urusan agensi itu selaku badan penyiasat, kata Anwar Ibrahim. Sambil menjelaskan, dia tidak dimaklumkan, perdana menteri berkata, dia menyerahkan urusan itu kepada LHDN dan badan penyiasat untuk melakukan siasatan lanjut.

“Itu urusan LHDN dan badan penyiasat, saya tidak dimaklumkan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di Cyberjaya hari ini. Media sebelum ini melaporkan LHDN menyerbu kediaman Hamzah pada pagi Selasa lalu susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan. Mengulas tindakan itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah mendakwa ia adalah tindakan terdesak kerajaan. Dia turut mendakwa langkah tersebut hanyalah strategi politik murahan bagi memburukkan pimpinan kanan dalam parti itu. Media melaporkan, dalam serbuan dan penggeledahan itu, beberapa dokumen turut dirampas.

Pada Feb lalu Hamzah yang juga adalah ahli parlimen Larut menuduh kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik selepas agensi itu membekukan akaun Bersatu. Dia kemudian menafikan tersebut dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kertas pertuduhan terhadap ahli perniagaan, Sim Choo Thiam. Sim didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta suapan RM15 juta daripada seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021. Pendakwa raya berkata wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri.

Sim juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada kementerian sama. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan itu.​

f19cef5eba3d1a161d87a603c1aa8b52.jpg
 
Serbuan LHDN Di Rumah Hamzah Langkah Politik Terdesak

16.06.2023 - Serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas kediaman Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, malam semalam adalah tindakan terdesak kerajaan. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah, turut menganggap langkah tersebut hanyalah strategi politik murahan bagi memburukkan pimpinan kanan dalam parti itu.

"Ketika dia (pemimpin kerajaan) tak berkesan sebagai kerajaan, dia harus memburuk-burukkan pimpinan kanan dalam Bersatu dan dalam PN, dan inilah yang sedang berlaku. Saya menganggap ia helah politik murahan ketika PH-BN terdesak untuk berhadapan dengan pilihan raya negeri," katanya dalam sidang media di Kuantan hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas berita mengenai serbuan pegawai LHDN terhadap rumah bekas menteri dalam negeri kerajaan PN semalam. Kediaman itu terletak di Damansara, Kuala Lumpur semalam.

2acc95cb454c3b818211d9a27dc52801.jpg

Media melaporkan, dalam serbuan dan penggeledahan malam semalam itu, beberapa dokumen turut dirampas.

"Saya sendiri menghubungi Datuk Hamzah semalam bagi mendapatkan cerita sebenar tentang apa yang berlaku. (Menurut Hamzah) Yang dikatakan nak disiasat itu ialah perkara yang sama sebelum ini kononnya telah disiasat. Apa niat di sebalik siasatan tersebut dan kenapa dia keluar di media, dari mana punca cerita itu kepada media, betulkah dari LHDN atau dari pejabat orang lain?" katanya.

Nama Di Kaitkan Kes Rasuah

Saifuddin yang juga ahli parlimen Indera Mahkota mendakwa dia mendapat tahu maklumat mengenai serbuan tersebut bukan datang dari sumber LHDN sebaliknya pihak lain. Media semalam melaporkan rumah ketua pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN. Pada Feb lalu ahli parlimen Larut itu menuduh kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik selepas agensi terbabit membekukan akaun Bersatu. Dia kemudian menafikan terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kertas pertuduhan terhadap ahli perniagaan, Sim Choo Thiam.

Sim didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta suapan RM15 juta daripada seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021. Pendakwa raya berkata wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri. Sim juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada kementerian sama. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan itu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/668914
 
Back
Top
Log in Register