BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN Serbu Rumah Hamzah

kes besar.. bukan cukai gaji 5k-10k kot
Kes besar pun....... Boleh minta kat suspek....... Walaupun kes tu 30 tahun pun....... Selagi suspek bekerja sama........ Kenapa perlu serbu......... Giler bodo apa ni
 

Hamzah akan ambil tindakan undang-undang berhubung laporan LHDN 'serbu' rumahnya​

Jun 17, 2023 @ 11:01am


Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua kiri) bersama Menteri Besar merangkap Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua kanan) pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional Parlimen Marang di Perkarangan Pasar Binjai Rendah, Marang. - Foto GHAZALI KORI
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua kiri) bersama Menteri Besar merangkap Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua kanan) pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional Parlimen Marang di Perkarangan Pasar Binjai Rendah, Marang. - Foto GHAZALI KORI

MARANG: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab berkaitan dakwaan berhubung laporan kediamannya 'diserbu' Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sambil mempersoalkan maksud serbuan di kediamannya, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang dan bekas Menteri Dalam Negeri itu juga enggan melayan dakwaan berkenaan ketika ditanya mengenai serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di kediamannya di Damansara dipercayai pada Selasa lalu.




"Serbu itu bagaimana maksudnya…siapa yang gunakan perkataan serbu, saya nak maklumkan sudah banyak serangan fitnah yang dilakukan terhadap saya.
"Saya tidak mahu menjawab kepada semua perkara-perkara fitnah (atau) berita-berita yang telah pun disebarkan luas dalam negara kita.





"Yang pastinya, saya akan ambil tindakan bila sampai masanya, InshaAllah, saya sudah minta pegawai saya untuk melihat semua sama ada berita yang rasmi, yang tidak rasmi (atau) sosial media, saya hanya kumpulkan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Marang di pekarangan Pasar Binjai Rendah di sini malam tadi.

Hamzah memaklumkan akan membuktikan segala serangan terhadapnya dan pimpinan PN yang lain adalah fitnah untuk memburukkan nama pemimpin parti komponen itu.

"Kita tengok sehinggalah sampai masa, saya akan gunakan, insya-Allah, dalam pilihan raya negeri nanti saya buktikan bahawa apa yang berlaku ini adalah fitnah.

"Ia hanya semata-mata nak memburukkan nama pemimpin-pemimpin PN bukan hanya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyuddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin-pemimpin lain daripada PN yang telah difitnah," katanya.

Media sebelum ini melaporkan rumah Hamzah diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini menegaskan beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan oleh LHDN di kediaman Ketua Pembangkang itu.
 

'Itu urusan LHDN, saya tak dimaklumkan..' - Anwar ulas LHDN serbu rumah Hamzah Zainudin​

Jun 16, 2023 @ 2:54pm


Laporan BH Online mengenai kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa diserbu pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Laporan BH Online mengenai kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa diserbu pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN ke rumah bekas Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut itu adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.

"Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini hari ini.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa orang ramai ketika hadir meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Sports Arena di Cyberjaya, hari ini. - BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa orang ramai ketika hadir meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Sports Arena di Cyberjaya, hari ini. - BERNAMA

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di kediaman Setiasaha Agung BERSATU yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu di Damansara, dipercayai pada Selasa lalu.

Difahamkan, ketika serbuan jam 11 pagi dipercayai berkait isu cukai yang tidak dilaporkan itu, Hamzah berada di kediaman berkenaan.

Terdahulu, sumber LHDN memberitahu BH, pihaknya buat masa ini tidak boleh mendedahkan apa juga maklumat berkait kes yang membabitkan cukai.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak tahu timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan mengambil cuti dua minggu.

"Tak ada pula (dimaklumkan Ahmad Zahid bercuti)," katanya yang lengkap berbaju Melayu warna biru.
Selepas menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman dan berbual ringkas dengan jemaah sebelum beredar.

Anwar sebelum itu turut beramah mesra bersama orang ramai selepas menikmati makan tengah hari di Medan Selera Sports Arena Cyberjaya.
 
Back
Top
Log in Register