combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,146
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,146
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Letupan Selatan Thailand: PDRM Perkukuh Risikan Di Sempadan Kelantan
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri bercakap pada sidang media mengenai Op Gali Mega di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Turut bersama, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Ir Ahmad Zukni Ahmad Khalil (dua, kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman memperkukuh risikan di kawasan sempadan Kelantan bagi mengesan sebarang pergerakan atau elemen dari Selatan Thailand yang boleh mengancam keselamatan.
Pengarah JKDNKA Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata langkah itu termasuk menambah anggota risikan Pasukan Gerakan Am (PGA), selain kekuatan anggota dan aset di kawasan sempadan yang dikenal pasti berisiko.
“Kita ada risikan sendiri daripada PGA untuk melakukan tugas-tugas mengikut bidang kuasa dan kita akan berkolaborasi dengan jabatan lain dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan agensi keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya,” katanya pada sidang media Op Gali Mega di sini, hari ini.
Beliau berkata JKDNKA menerusi PGA, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) akan terus memperkasakan penugasan di kawasan yang dikenal pasti berisiko terutama di Kelantan kerana tiga wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat bersempadan dengan negeri itu.
“Kita akan terus memperkasakan penugasan, menambah anggota, menambah anggota risikan dan juga menambah aset di kawasan-kawasan yang kita kenal pasti akan berlaku pencerobohan atau penyeludupan barang,” katanya.
Mengulas mengenai permintaan pihak berkuasa Thailand untuk membantu mengesan pergerakan individu atau ejen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN), Mohd Yusri berkata perkara itu melibatkan perkongsian maklumat antara pihak berkuasa Malaysia dan Thailand serta sebarang maklumat yang diperolehi JKDNKA akan diserahkan kepada jabatan yang berkaitan.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM menerima permintaan daripada polis dan tentera Thailand bagi membantu mengesan pergerakan individu atau ejen yang mempunyai kaitan dengan BRN susulan beberapa kejadian letupan di tiga wilayah selatan Thailand.
Beliau berkata permintaan seumpama itu bukan perkara baharu kerana PDRM pernah menerimanya sebelum ini dan akan terus berusaha membantu pihak berkuasa Thailand dari semasa ke semasa.
Pada Sabtu lepas, wilayah Narathiwat dikenakan perintah berkurung bermula 10.15 malam hingga 5 pagi selepas berlaku lebih 50 insiden termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar.