BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM, NACC Thailand Fokus Mekanisme Risikan, Gempur Rasuah Rentas Sempadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM, NACC Thailand Fokus Mekanisme Risikan, Gempur Rasuah Rentas Sempadan​

689972beb94d6b80983fef4b16b3c0ad69e8bd921ac8b

Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan National Anti-Corruption Commission (NACC) Thailand komited membanteras jenayah rasuah rentas sempadan menerusi pengukuhan kerjasama risikan yang lebih pantas, proaktif serta berimpak tinggi.

Langkah itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Ke-8 yang berlangsung pada 10 Sept lepas di Bangkok, Thailand sebagai manifestasi komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam mengekang aktiviti rasuah berkaitan penyeludupan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, yang mengetuai delegasi SPRM, berkata NACC adalah rakan strategik penting di rantau ini khususnya dalam membanteras aktiviti rasuah melibatkan penyeludupan barangan bersubsidi, petrol, diesel, rokok, minuman keras dan pemerdagangan migran yang didalangi ketirisan penguatkuasaan di sempadan.

Beliau berkata kekerapan aktiviti ekonomi di sempadan Malaysia-Thailand adalah antara tertinggi di ASEAN sekali gus membuka ruang kepada salah guna kuasa dan pergerakan rentas sempadan di kedua-dua negara.

“Bagi tempoh 2021 hingga 2026, SPRM telah menerima sebanyak 163 maklumat berhubung aduan rasuah berkaitan aktiviti penyeludupan di sempadan kedua-dua negara khususnya di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan yang bersempadan dengan wilayah Thailand seperti Songkhla, Yala, Narathiwat serta Satun.

“Sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka yang membawa kepada 38 tangkapan, 24 pertuduhan di mahkamah dan 16 sabitan kesalahan,” katanya semasa menghadiri mesyuarat berkenaan.

Ahmad Khusairi berkata sinergi strategik antara kedua-dua agensi turut membuahkan hasil dalam pengesanan saksi dan suspek yang melarikan diri ke Malaysia atau Thailand.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha NACC Wilayah 9 Tawichart Nillakan berkata saluran pertukaran maklumat secara langsung dan berasaskan persefahaman membolehkan tindakan segera diambil berbanding prosedur formal Bantuan Perundangan Bersama yang memakan masa.

Selain operasi risikan, kedua-dua agensi turut memperkukuh kempen kesedaran pencegahan rasuah di pintu masuk sempadan khususnya sempena sambutan Hari Antirasuah Sedunia pada 9 Dis.

 
Back
Top
Log in Register