BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letupan kuat meteor cetus panik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.


sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/04/letupan-kuat-meteor-cetus-panik.html
 
Last edited:
perhh.. mcm ceter battleship lak.. kapal angkasa dari planet-G gagal memasuki atmosfera bumi mengakibatkan kapal angkasa tu meletup..
 
kalo betul memang bertuah la. bukan senang nak tgk tu
 
superman dah sampai tu
 
Back
Top
Log in Register