BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Alat pelik' cetus panik di lapangan terbang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146

'Alat pelik' cetus panik di lapangan terbang​

3528711.webp

Insiden pada Khamis itu turut menyebabkan pemindahan sebahagian penumpang dan kakitangan. - FOTO: Agensi

SYDNEY - Gara-gara penumpang membawa objek mencurigakan, unit pemusnah bom terpaksa dikerahkan ke sebuah lapangan terbang di Australia.

Insiden pada Khamis itu turut menyebabkan pemindahan sebahagian penumpang dan kakitangan selepas 'alat pelik' itu dikesan semasa pemeriksaan keselamatan.

"Rupa-rupanya ia adalah peranti laser untuk membuang bulu pada tubuh yang disimpan dalam bekas coklat panas.

"Individu tersebut enggan bekerjasama sejak dari awal hingga menyukarkan keadaan," menurut jurucakap polis di negeri Victoria.

Kejadian itu turut menyebabkan sejumlah penerbangan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.

Lelaki tersebut bagaimanapun bernasib baik kerana tidak berdepan sebarang dakwaan setelah pihak pengurusan lapangan terbang mengesahkan 'objek itu tidak lagi dianggap berisiko tinggi'. - AFP

 
Back
Top
Log in Register