BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 wanita Malaysia ditahan bawa dadah di lapangan terbang Jakarta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Dadah: Tiga Wanita Sabah Ditahan Di Jakarta , Kes Berasingan​

ef05ef0756b8b9dd372a55a2d86540806a7345d416dbc

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Waspada bertajuk Musuh Dalam Senyap: Perangi Dadah, Lindungi Generasi terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lagi kes membabitkan penahanan rakyat Malaysia di luar negara berkaitan dadah, dengan kejadian terbaharu melibatkan tiga wanita yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, pada Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya dimaklumkan oleh Polis Republik Indonesia (POLRI) mengenai penahanan tiga wanita berusia antara 30 hingga 39 tahun yang berasal dari Sabah.

Beliau berkata siasatan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan merupakan penagih. Bagaimanapun, jumlah dadah yang dirampas oleh POLRI adalah kecil serta dipercayai untuk kegunaan sendiri.

"Kes penahanan tiga wanita ini juga didapati tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes penahanan seorang juruterbang mahupun seorang lelaki berusia 22 tahun di Indonesia sebelum ini," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Waspada terbitan Bernama Radio, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan petugas di Terminal 2F lapangan terbang berkenaan berjaya mematahkan cubaan tiga penumpang wanita membawa masuk dadah yang disembunyikan di dalam bagasi dan kasut mereka selepas tiba menerusi penerbangan dari Kota Kinabalu.

Sementara itu, mengulas rentetan kes tangkapan dadah membabitkan rakyat Malaysia di luar negara, Hussein tidak menafikan kedudukan geografi negara menjadi antara faktor Malaysia dijadikan laluan transit oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

"Sindiket pengedaran dadah ini kebanyakannya beroperasi dari negara di utara Malaysia dan negara kita menjadi laluan transit sebelum dadah dibawa ke Indonesia, Singapura, Filipina serta beberapa negara lain.

"Sehubungan itu, kita akan mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada di pintu masuk dan keluar negara bagi memastikan Malaysia tidak terus dilabel sebagai negara transit dadah," katanya.

Sementara itu, bagi membuktikan ketegasan berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi jenayah rentas sempadan, Hussein mendedahkan JSJN berjaya merampas 89 tan pelbagai jenis dadah di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

 
415917-415917.jpg


3 wanita Malaysia ditahan bawa dadah di lapangan terbang Jakarta

Kuala Lumpur: Hasrat tiga wanita rakyat Malaysia untuk bercuti ke Indonesia tidak kesampaian selepas mereka ditahan bersama dadah dalam pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta pada Isnin lalu.


Katanya, tiga wanita berkenaan berasal dari Sabah berusia 30 dan 39 tahun dan mereka datang ke negara berkenaan untuk bercuti.

"Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dadah.

"Mereka ke sana untuk bercuti. Dadah yang dirampas itu dipercayai lebih kepada untuk kegunaan sendiri dan jumlahnya kecil," katanya kepada Harian Metro di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, tiga suspek wanita itu dipercayai tiada kaitan dengan sindiket membabitkan penahanan seorang lelaki Malaysia di Surabaya, sebelum ini.

Terdahulu, CNN Indonesia melaporkan, pegawai Kastam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta menggagalkan cubaan penyeludupan dadah yang didakwa dilakukan tiga wanita penumpang pesawat.

Tiga wanita warga Malaysia itu dikesan pegawai cuba membawa masuk barang terlarang berkenaan dengan menyembunyikannya pada barangan bawaan termasuk dalam kasut.

Kejadian itu berlaku di Terminal 2F Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Isnin dan pesawat yang membawa tiga penumpang wanita itu datang dari Kota Kinabalu.

Dilaporkan, dadah berkenaan dipercayai dibawa dalam beg peralatan mandian dalam bagasi, dalam dompet, dalam bungkusan ubat, poket jaket, dan kasut yang dipakai.

Jumlah barang bukti yang diperoleh pegawai ialah 0.5 gram (g) disyaki kokain, 0.3g disyaki kokain, 2g serbuk disyaki kokain, 4.2g pil disyaki MDMA, 1.8g serbuk disyaki ketamin, 2.4g pil disyaki MDMA, dan 16.9g tembakau disyaki bercampur ketamin.

Selain itu, turut dirampas 1.4 g disyaki kokain, satu unit kartrij disyaki mengandungi ketamin dengan pihak berkuasa juga sudah menjalankan ujian sampel terhadap barangan yang diperiksa itu.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register