BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 wanita Malaysia dicekup bawa dadah ke Indonesia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

3 wanita Malaysia dicekup bawa dadah ke Indonesia​

3-wanita-malaysia-dadah-flash.jpeg

Gambar menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. - KOMPAS

JAKARTA – Tiga wanita warga Malaysia ditahan selepas cuba menyeludup dadah yang disembunyikan di dalam bagasi, pakaian dan kasut mereka di sebuah lapangan terbang di Indonesia, lapor laman berita Must Share News.

Mereka diberkas selepas tiba di Terminal 2F Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta dari Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 30 hingga 39 tahun itu didapati menyembunyikan dadah di dalam beg peralatan mandian dalam bagasi, dompet, bungkusan ubat, poket jaket dan kasut.

Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sejumlah serbuk disyaki kokain, pil ekstasi dan serbuk disyaki ketamin.

“Serbuk disyaki kokain itu setiap satu seberat 0.5 gram, 0.3 gram, 2 gram dan 1.4 gram. Pihak berkuasa turut menemukan 4.2 gram serta 2.4 gram pil disyaki ekstasi dan 1.8 gram serbuk dipercayai ketamin.

“Sebanyak 16.9 gram tembakau gulung disyaki dicampur ketamin dan satu kartrij disyaki mengandungi bahan sama turut dirampas,” kata seorang pegawai kastam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis Indonesia telah memaklumkan mengenai tangkapan itu kepada polis Malaysia.

“Jumlah dadah yang dirampas adalah kecil, dipercayai untuk kegunaan peribadi. Tangkapan ini tidak berkaitan dengan sindiket membabitkan penahanan seorang juruterbang dan seorang lelaki dari Malaysia di Indonesia baru-baru ini,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register