hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lebih 10kg Dadah Ditemui Dalam But Kereta, Lelaki Malaysia Ditahan Di Singapura
Cubaan seorang lelaki rakyat Malaysia memasuki Singapura bertukar menjadi mimpi ngeri selepas pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands membawa kepada penemuan lebih 10 kilogram dadah bernilai lebih RM1 juta.
Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan Sabtu lalu ketika memasuki republik berkenaan menggunakan kereta bernombor pendaftaran Malaysia.
Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), pegawai bertugas mengarahkan kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan lanjut selepas pemerhatian dibuat ketika pemeriksaan masuk.
Hasil pemeriksaan menemukan sebuah kotak mencurigakan di dalam but kereta yang mengandungi dua blok bahan disyaki dadah.
Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura kemudian dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan lebih terperinci terhadap suspek dan kenderaan terbabit.
Pemeriksaan lanjut menemukan lebih banyak bahan terlarang yang dipercayai disorok di bahagian but kereta.
Keseluruhan rampasan melibatkan kira-kira 8.646 kilogram ganja dan 1.569 kilogram syabu, dengan nilai anggaran sebanyak S$361,000 (sekitar RM1.15 juta).
Menurut ICA, jumlah dadah tersebut berpotensi membekalkan kira-kira 2,132 penagih untuk tempoh seminggu.
Di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973 Singapura, individu yang didapati mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamine (syabu) atau lebih 500 gram ganja boleh berdepan hukuman berat termasuk hukuman mati. Sumber BH.
#MalaysiaSingapura #LahadDatuUpdate